Shuk Sahar Dah Kahwin Dengan Fara Salleh? Ini Jawapan Tuan Badan

Seperti sedia maklum ramai yang mengetahui kisah rumahtangga Shuk dan Serra masih belum menemui penamatnya. Walaupun masih belum terjawab teka teki kisah rumahtangga mereka namun yang terbaru dikatakan pelawak Shuk sudah berkahwin dengan kekasihnya itu Fara Salleh.

Tampil menjelaskan dakwa4n tersebut, Shuk, 36, berkata, dia perlu menyelesaikan hal rumah tangganya dahulu jika mahu berkahwin lain.

“Belum… Belum… Saya masih belum berkahwin. Kalau dah kahwin saya jemput. Benda baik…

“Pada saya, kalau nak buat apa-apa berkaitan perhubungan saya akan selesaikan satu-satu dahulu. Sedangkan hubungan saya dengan Sera pun tak tahu lagi ending macam mana.

“Saya tengah aturkan yang terbaik, bukan sahaja untuk kehidupan saya tapi untuk semua. Saya perlu fikirkan semua sudut, keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi.

“Apa saya minta doakan yang baik-baik untuk saya. Sebab saya pun dah penat, apa saya cakap side A akan ada yang cakap saya play victimelah. Saya dan terima banyak kali.

“Bila saya mengaku s4lah, ada orang cakap pula bangga betul saya buat salah. Saya pun dah tak tahu ayat mana satu betul untuk puaskan hati semua orang.

“Jadi, saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah Shuk dan Fara punyai perancangan untuk berumah tangga pada masa terdekat, ini jawabnya.

“Setakat ini perancangan saya ke arah bisnes. Saya nak kembangkan bisnes dan kumpul duit betul-betul. Kalau dah kaya, tengoklah mana tahu jodoh laki boleh kahwin empat!” katanya.

Sebelum ini, timbul dakw4an Shuk sudah berkahwin dengan Farah selepas wanita itu berkongsi video kemesraan mereka di TikTok.

Malah, isteri kepada Shuk juga pernah memuat naik video dia berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Mac lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai percera1an mereka.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, kata Shuk, dia tidak pernah melupakan kedua anaknya iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 meskipun mereka kini berada di Sabah.

“Saya memang kisah tentang mereka. Saya pun ada berhubung cuma yela, masa saya dengan anak-anak memang kurang la sebab salah satunya mereka kini berada di Sabah.

“Kebanyakkan masa pun anak-anak dengan Sera. Dari segi kebajikan anak-anak memang Sera jaga anak-anak dengan cukup baik,” ujarnya.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk did4kwa berlaku cur4ng terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak. Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*