“Muda Primula” – Kisah Asal Usul Di Sebalik Nama Watak ‘Sek Deber’ Terengganu

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti tiba-tiba menjadi trending di laman sosial sebaik mula ditayangkan di Astro Ria mulai 21 Mac 2022 yang lalu.

Walaupun drama 16 episod karya terhebat daripada pengarah Sabri Yunus tersebut telah selesai melabuhkan tirai tayangannya baru-baru ini, ramai penonton masih belum berhenti bercakap mengenainya.

Siri ini juga mendapat pujian kerana dikatakan berjaya mengangkat kualiti drama Melayu ke tahap yang luar biasa dan berbeza dengan drama-drama ‘pukul 7’ yang dihidangkan selama ini kepada penonton.

Satu lagi faktor yang membuatkan drama ini sangat digemari ialah disebabkan barisan pelakonnya yang mantap terutama sekali Eman Manan yang memegang watak ‘lejen’ bernama Muda Primula.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Amri Salah Pikri telah berkongsi satu fakta yang menarik yang mungkin orang ramai tidak tahu mengenai asal usul nama Primula.

Di sebalik kegerunan watak ‘gedebe’ Muda Primula yang dibawakan olehnya, Eman Manan juga dikatakan turut digeruni kerana personalitinya yang sebenar.

Betul ke? Jom ikuti hantaran menarik yang dibuat oleh Khairul Amri ini.

“Dalam cerita Pok Ya Memburu Siti, Nama Muda Primula ni diambil dari Primula Hotel Kuala Terengganu. Zaman 80-90an dulu, tingkat paling atas Primula dengan kafe bawah mengadap pantai sangatlah sohor di kalangan orang tempatan. Tempat berjimba dan bersosial, tempat orang kenamaan dan selebriti.

“Tapi nama Primula ni bukan sebarang nama. Nama Primula adalah nama pertama Kuala Terengganu yang ada dalam catatan sejarah. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula dan Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

“Nama ini dicatat pada kurun ke 2 Masihi, iaitu 400 tahun sebelum Islam diturunkan. Bermakna, sudah ada ketamadunan dan laluan utama untuk pedagang. Ketamadunan ini sama zaman dengan Kedah Tua, pasti akan ada berbagai tinggalan sejarah. Cuma eksplorasi tidak dijalankan oleh mana-mana pihak.

“Karekter Muda Primula tu boleh dikatakan mewakili 90% perangai sek deber Terengganu. Tidak perlu ramai, datang seorang sudah menggerunkan. Pukul dulu baru bincang kemudian. Tapi Eman Manan ni power, aku kena cekak paha dengan dia pun seharian terasa s4kit. Patu tiap kali jumpa mesti dia cekak paha aku. Aku pernah try pegang paha dia, keras weh macam batang kayu.

“Sebagaimana garang dia dalam drama, begitulah garang dia di luar. Pernah Kg Atas Tol lawan bola, bila dia mari tengok bola semua kaki gomo berundur dok berani buat onar. Dekat Kg Atas Tol, susah nak cari port hisap dad4h atau runner dad4h masuk menjual. Pernah dia robohkan rumah buruk seorang diri sebab situ jadi port d4dah. Tanya la budak Atas Tol. Hahaha.

Berkongsi di Facebook, Sabri Yunus yang juga pengarah drama tersebut berkongsi kisah di sebalik tabir yang sangat menarik untuk dikongsikan.

Kenapa Muda Perimula? Kenapa Eman Manan?

” Sebetulnya masa siap sinopsis Pok Ya Cong Codei Memburu Siti(PYCCMS), tidak wujud lagi watak Muda Perimula.

” Sehingga lulus pitching dengan pehak setesen penyiar masih belum wujud..Selepas lulus pitching baru saya merangka rangka jalan cerita.. dah siap jalan ceritanya, Muda Perimula belum wujud..

” Lepas tu sampailah masa nak bagi nama pelakon bagi watak watak baru dalam siri baru ini..

” Beberapa nama saya senaraikan utk watak JJ..

” Namun pihak Stesen kata bagilah nama pelakon popular yang sedang diminati atau diikuti lakonannya.. Saya selalunya jadi msaIah dengan isu ini.. Lalu saya cadangkan nama Eman Manan… Alhamdulillah stesen setuju.

” Kemudiannya saya pulak jadi msalah.. Tak kan Eman nak bawak watak JJ.. watak muda dan berebut gadis dengan Halim.. tak mungkin..

Nasib baik Eman Manan tak tanya watak apa

” Eman dah pun saya hubungi.. ini penting , nak blok awal awal.. nasib baik masa hubungi tu Eman tak tanya watak apa?.. masih ingat lagi dialog pertama kami dalam talian..

” Saya….”Man.. kawe nak ajak demo dalam Pok Ya bersiri kali ni?.. ada so watak untuk demo .,”

” Eman…..”okey.. kawe okey.. setakat ni demo tak rajin lagi malukan kawang” .. ya sebelum ini Parut Asyikin dan Satu Kampung Dua Orang..

” Itulah bermula.. kemudian shooting PYCCMS bertangguh lama akibat C0vlD-I9.. saya shoot drama lain dulu.. Dalam pada shooting yang lain saya mula pikir watak apa untuk Eman dan siapa nak pegang JJ..

” Beberapa nama baru kami senaraikan untuk watak JJ pada setesen.. kami memilih Farid Kamil.. ya antara sebabnya saya tak pernah kerja dengan dia dan dia juga ada kelonggaran jadualnya..

” Kemudian saya ambil masa juga nak letak watak yang sangat sesuai dengan Eman dan apatah lagi kata kata dalam talian ia itu “ setakat ini deme tak mmalukan kawang lagi”..

” Saya inginkan Eman main wataknya sendiri.. pasti lebih selesa..

” Saya ukur bila Pok Ya pun bawakkannya watak saya sendiri..6 watak orang yang saya gauli dengan 1 watak sendiri.. dan yang 1 itulah menguasai atau mengawali yang lainnya..

Watak Muda Primula seorang ‘gedebe’ di Kuala Terengganu

” Saya mahu Eman bawa watak dia yang saya kenal itu..

” Saya kenal Eman lama.. nakalnya, bekengnya hampir saya cukup kenal..Dan saya teringat satu nama seorang yang dikenal tersohor Kuala Terengganu sekitar 80an..

” Saya kenal dia ni di cafe house Hotel Primula.. saya tak akan tulis namanya disini.. Eman sangat mengenali orang ini.. Gelak besar Eman..

” Maka saya pun letak nama Muda Primula.. macam Pok ya cong codei yang dapat nama dati nama hotel begitu juga utk Muda. Saya pikir watak ini adalah imbangan pada watak Pok Ya..

” Pok Ya yang veteran.. memasuki KL yang bukan dalam habitatnya..Dalam usaha utk pencen.. tapi demi maruah harus langgar tobatnya yang tak akan jejak pqgi KL.. seriknya amat..

” Muda pula , veteren yang dah 30 tahun di KL.. masih bersemangat atau “berangin” lagi dengan dunianya.. jadi watak ini penting utk dilihat beriting dengan perwaratakan Pok Ya..

” Saya tak boleh nak letak Muda Perimula jadi kaki turut Pok Ya macam Awang Jawa atau Nasir Badak di KL.. Muda tak boleh jadi watak begitu.

” Itu sebab kenapa watak Muda tak banyak keluar. Ada yang kami potong masa editing pun.. ini semata mata jaga watak Muda..

” Eman Manan adalah seorang pelakon yang cukup komited dalam kerjanya.. dia adalah pelakon yang baca dan hafal skrip sebelum ke set..tapi utk Pok Ya ni.. dia tak dapat buat tu.. Saya bagi dia treatment dan kata padanya dialog nanti tulis..

” Saya faham.. Eman kadang kadang tak boleh terima cara ni , bukan budaya kerjanya.. Namun dia ikut juga.. barangkali dia teringat kata katanya “ setakat ni deme tak mmalukang kawang lagi”..

” Saya memilih dialog utk watak ini.. saya mahu kemunculan yang tak banyak tapi impaknya harus besar.. apa lagi bila Eman yang menuturkannya..

” Saya sebagai pengarah , penulis dan kawan berbangga dengan Muda Primula.. terima kasih Eman Manan..” akhiri Sabri Yunus.

SELINGAN DRAMA : SCENE PALING MENDEBARKAN DALAM MEMBURU SITI

Episod terakhir Pok Ya Cong Codei – Memburu Siti, telah meninggalkan impak yang tersendiri dikalangan peminatnya. Banyak scene menarik yang dipaparkan pada penghujung kisahnya.

Namun, scene ketika Pok Ya berdepan dengan Muda Primula adalah detik yang paling mendebarkan. Pelbagai andaian yang bermain di fikiran, jika Muda Primula benar – benar punya niat jahat terhadap Pok Ya.

Namun, ia diakhiri dengan sangat baik, apabila memaparkan perjuangan sebenar Muda Primula untuk menghantar Siti ke pangkuan Pok Ya. Halim yang memainkan peranan besar, bagi mendapatkan bantuan

Muda Primula, agar Siti selamat tiba ke Kelantan.

Sabri Yunus bijak bermain emosi penonton, dengan menyediakan pelbagai “rencah” yang dipaparkan pada setiap episod. Kemudian “ditumisnya” dengan begitu baik sekali pada episod yang terakhir ini.

 

Sumber:Facebook Sabri Yunus, Facebook Khairul Amri Salah Pikri, Brader Filem

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*