[Video] Baru Balik Kerja, Gelagat Tokti Dan Afwa Raih Perhatian Ramai, “Comel Lah Tokti Ni…”

Sebut sahaja nama penyanyi nombor satu negara ini, pasti ramai yang cukup senang melihat pesona Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain daripada karier sebagai seorang penyanyi, kehidupannya sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata juga sering mencvri tumpuan di media sosial.

Macam gelagat Tokti baru-baru ini bersama anak lelakinya, Afwa semasa dia baru sahaja pulang dari kerja. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagatnya melayan kerenah anak keduanya ini.

@aqoimran

Seronok Afwa ibu balik kerja

♬ bunyi asal – Aqo Imran


Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat Tokti apabila dia baru sahaja pulang daripada kerja. Turut kelihatan, Tokti yang sedang mendukung anak lelakinya, Afwa semasa dirakamkan.

Pemilik video juga sempat mengusik mereka apabila Afwa kelihatan begitu seronok sebaik sahaja melihat ketibaan ibunya itu. Lebih melucukan, Tokti turut membuat mimik muka lucu untuk menghiburkan anaknya itu sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya.

siti

Tokti kemudiannya berseloroh dia keluar bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk anaknya itu. Melihatkan gelagat biasa Tokti di rumah, ramai pula netizen yang tertarik melihat gelagat penyanyi nombor satu itu melayan anaknya ini.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan. Malah ada yang berseloroh Tokti semakin lama semakin menunjukkan perangai lucunya yang ramai tidak tahu selama ini.

“Mulut tokti tu kan…”

tokti

“Mencari sesuap nasi. Kelakar tokti.”

afwa

“Comel lah tokti ni.”

komen

“Tokti ni memang makin lama makin kelakar. Ke aku je rasa macam tu. Dia banyak berubah daripada dulu.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*