“Bersyukur urusan dipermudahkan..” Puteri Sarah kini lebih tenang

Biarpun ke Tanah Suci tanpa kehadiran suami di sisi, pelakon Puteri Sarah Liyana nyata mampu menguruskan dua permata hatinya dengan baik.

Sarah berkata, dia bersyukur apabila dua anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik ketika menyempurnakan ibadah umrah.

“Saya ibu yang paling bangga kepada dua anak ini. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.

“Pada awalnya saya betul-betul takut, macam-macam fikir sebelum nak bawa dua anak yang aktif jauh-jauh begini.

“Boleh jaga ke ni? Anak-anak nanti berkelakuan baik tak? Alhamdulillah, saya buat keputusan pergi sahaja bawa mereka. Allah akan permudahkan urusan itu.

“Perasaan takut atau susah nak jaga tolak tepi kerana apa yang penting niat nak pergi beribadah sangat-sangat.

“Syukur, Syaikhul dan Sumayyah berkelakuan baik. Anak-anak yang dengar cakap tak banyak songeh. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak-anak di sini,” tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

Perkongsian pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu menerima pelbagai reaksi netizen dan rakan artis apabila rata-rata memuji sikap kedua-dua anaknya yang pandai menjaga kelakuan.

Khamis lalu, Sarah dan kedua-dua anaknya berlepas ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusuf pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini, kisah rumah tangganya dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen.

Sarah turut mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin.

Syamsul dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi bukan bermaksud mahu bercerai.

 

Sumber : Hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://earnsupport.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*