[Video] Gadis Buat Tutorial Tudung, Wajah Seperti Neelofa Pula Jadi Tanda Tanya

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, pastinya ramai yang sibuk melakukan persiapan sekarang ini. Terutamanya kaum wanita yang akan mula mencari tutorial tudung yang sesuai untuk dilakukan pada hari raya pertama nanti.

Macam yang dikongsikan gadis ini apabila dia mencuba satu tutorial tudung yang dilakukan oleh Izara Aishah ini. Namun ada sesuatu pula yang menarik perhatian ramai apabila raut wajahnya yang disamakan seperti Neelofa.

@wasiqahhamid Version standard size shawl. Jadi tak akak @izaraaishahofficial ? 😉💓 #shawltutorial #hijabtutorial #izaraaishah ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu melakukan satu tutorial tudung mengikut gaya yang ditunjukkan pelakon Izara Aishah. Apa yang menarik perhatian ramai ialah gadis itu dikatakan mempunyai iras wajah yang sama seperti Neelofa.

Malah sekali pandang, memang gadis itu kelihatan sama seperti pengacara popular itu ditambah pula dengan bentuk matanya yang sama. Selain daripada tutorial yang dikongsikan itu, ramai yang turut memuji kecantikannya ini yang kelihatan semula jadi itu.

Dalam masa yang sama, gadis itu turut melakukan tutorial tudung tersebut dan sempat bertanya di ruangan kapsyen sama ada ianya sama dengan yang ditunjukkan oleh Izara. Sebelum ini, pelakon itu berkongsikan tutorial tudung tersebut untuk menjawab soalan yang ditanyakan di Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpendapat gadis itu mempunyai iras wajah yang sama seperti Neelofa. Malah ada yang berseloroh menggelarkan gadis itu sebagai kembar kedua Neelofa selepas kanak-kanak perempuan yang pernah tular sebelum ini.

“Ingat lofa tadi.”

gadis

“Bila tengok dia buat cantik je. Bila diri sendiri buat entah jadi apa…”

tutorial

“Muka you ada aura lofa lah babe, pretty.”

komen

“Aku tak tengok pun dia ajar style tudung tu tapi duk tengok muka dia je dari awal sampai akhir.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*