Tertanya Tanya Mana Kenit, Puteri Rafasya Akhirnya Jawab Kenapa Tidak Muncul Dalam 7 Hari Mencintaiku 3

Semua sedia maklum bahawa 7 Hari Mencintaiku 3 sudah memulakan tayangan di Slot Akasia, TV3 bermula 16 April 2022 lalu menggantikan Harith Fayyadh.

Dibintangi Oleh Beberapa Muka Baru

via Instagram PU Azman

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini adalah drama kesinambungan kisah drama terdahulu. Musim terbaru drama popular ini dikatakan akan menampilkan beberapa muka baru seperti Raja Azura, Azira Shafinaz & Pu Azman.

Kenit Tidak Terlibat?

Bukan itu sahaja, Kenit yang wataknya dilakonkan oleh pelakon cilik Puteri Rafasya juga tiada dalam drama kali ini. Ramai netizen yang bertanyakan mengenai ketiadaan watak Kenit dalam drama ini.

Puteri Rafasya Menjawab Soalan Netizen

via Instagram Puterirafasya1

Setelah menerima pelbagai persoalan mengenai ketiadaan Puteri Rafasya dalam drama tersebut, akhirnya dia menjawab soalan netizen melalui satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Puteri Rafasya, ketiadaan dia di dalam drama popular tersebut disebabkan oleh jadual pengambarannya yang ‘clash’ dessalamualaikum & Hii semua😊.

‘Ramai DM, tak kurang juga yang menghubungi mommy Puteri melalui Whatssapp dan juga menerusi panggilan telefon bertanya mana Puteri dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 @ 7hm3. Sebenarnya jadual penggambaran Puteri berlanggar dan tidak mengizinkan Puteri untuk mengambil tawaran dari Auntie @sitirosmizahsemail @sronesdnbhd untuk meneruskan watak KENIT musim ke-3. Walaupun kali ini Puteri tidak dapat bersama family 7 Hari Mencintaiku 3, Puteri sentiasa sayang 🤗 dan menyokong 💪🏻semua yang terlibat dalam naskah hebat ini. Jangan lupa ya semua untuk menonton dan terus menyokong 7hm3. Kalau nak tau perkembangan terbaru Puteri, boleh lihat di instagram fan club @rafasyaloversngan pengambaran lain yang menyebabkan dia tidak dapat menerima tawaran tersebut.’

Bukan itu saja, Puteri juga turut menyatakan bahawa walaupun dia tidak dapat terlibat dalam drama ini, tetapi dia sentiasa menyokong naskah hebat tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MuraiMY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*