“Enggan Kenang Masa Lalu” Bekas Isteri Ada Ajak Rujuk Demi Anak.

Kisah perpisahan antara pasangan selebriti yang cukup diminati ramai Fizi Ali dan juga Shakilla Khoriri pada penghujung tahun lalu mengejutkan ramai. Mana taknya, mereka sebelum ini dilihat cukup bahagia dan gembira dengan satu-satunya anak iaitu Ameena Sofia. Namun semalam muncul pula berita mengatakan pelakon wanita tersebut tak menolak kemungkinan untuk rujuk semula.

Enggan Kenang Masa Lalu, Fizi Ali Akui Kini Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Walau bagaimanapun, Shakilla menerusi laman Instagram menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, tiada langsung nada ketika ditemubual menyebut tentang soal rujuk berkenaan. Oleh sebab itu, aktres berkenaan berharap tiada yang salah faham dan memanipulasikan ayat yang dikeluarkan olehnya.

Enggan Kenang Masa Lalu, Fizi Ali Akui Kini Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Terbaru menerusi portal Harian Metro pula, Fizi Ali akui enggan lagi memandang ke belakang atau mengenang masa lalunya berkaitan sebarang keputusan yang dibuat dalam hidupnya. Jelasnya lagi, kini dia hanya mahu fokus kepada perancangan untuk masa depannya pula. Namun penyampai radio itu juga tidak dapat menduga apa yang akan berlaku bila berbicara soal rujuk.

Enggan Kenang Masa Lalu, Fizi Ali Akui Kini Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Dalam pada itu, Fizi Ali turut mendedahkan dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang dan hanya mendoakan yang terbaik. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal dan masih lagi dalam fasa berkenalan selain selesa bersembang. Namun begitu, individu misteri tersebut bukanlah datang dari industri hiburan sebaliknya orang biasa sahaja.

Enggan Kenang Masa Lalu, Fizi Ali Akui Kini Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

Sejak telah membawa haluan hidup masing-masing pada Disember tahun lalu, namun ramai peminat berharap Fizi Ali dan Shakilla Khoriri dapat berbaik seterusnya rujuk semula. Ia mungkin tercetus selepas melihat kedua-duanya sering bertolak ansur apabila melibatkan soal anak tunggal mereka.

Memetik portal Harian Metro, Shakilla Khoriri berasa agak terkilan apabila sering ditanya bila dirinya akan menamatkan ‘zaman janda’ sedangkan hatinya masih bersedih dengan perpisahan tersebut. Ujarnya dalam tempoh 2 hingga 4 tahun ini, dia belum terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Hal ini kerana, fokus banyak diberikan terhadap kebajikan anak perempuannya iaitu Ameena Sofia selain kerjaya sebagai anak seni.

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

Dalam pada itu, pelakon drama ’30 Hari Sebelum Raya’ ini turut mengaku pernah memujuk serta berbincang dengan bekas suaminya untuk rujuk kembali bersama. Bagaimanapun, sehingga kini pihak sana masih belum berikan sebarang kata putus mengenainya. Ujar Shakilla Khoriri, ada kemungkinan juga Fizi Ali bimbang nanti timbul masalah baru atau mereka masih berdepan isu yang sama seperti sebelum ini.

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

Meskipun terdapat ramai pihak yang memujuk agar bersatu balik demi anak, namun Shakilla Khoriri berpendapat adalah sukar bagi sesiapa pun untuk hidup dengan individu yang mereka tidak boleh bersama lagi. Buat masa ini dia reda jika hubungan mereka kekal sekadar kawan saja, namun tidak menolak juga seandainya berjodoh kembali pada masa akan datang.

Shakilla Mengaku Pernah Bincang Rujuk Balik, Tapi Fizi Belum Bagi Kata Putus

 

Kredit: Portal Harian Metro, viralnewsupdates.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://liveconnection24.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*