Selesa berkawan, Farisha Iris tak sangka Niezam Zaidi kongsi foto berdua

PERKONGSIAN foto aktor Niezam Zaidi bersama Farisha Iris dengan ucapan ‘selamat hari lahir’ untuk penyanyi itu di Instastory mengundang pertanyaan peminat.

Mengakui mula berkawan ketika menjalani penggambaran telefilem berjudul Pukul Mersing pada Mac lalu, Farisha memberitahu dia tidak mengetahui Niezam akan memuat naik gambar mereka bersama.

Selesa berkawan, Farisha atau nama sebenarnya Farisha Asmadi menganggap Niezam seorang yang baik, penyabar dan seorang yang lemah lembut dalam perbualan.

Bagi saya, jangan buat seseorang itu tertanya-tanya.

FARISHA IRIS

PENYANYI

“Saya kenal Niezam sejak awal tahun ini. Tapi kami mula berkawan ketika menjalani penggambaran telefilem sekitar Mac lalu. Tak tahu pula dia akan post gambar berdua.

“Saya berkawan saja dengan dia. Sebelum ini, saya membesar dengan lakonannya yang agak sc4ry. Tapi bila dah kenal rupa-rupanya dia sangat berbeza.

“Bagi saya, Niezam seorang yang sangat baik, soft spoken, penyabar dan sejujurnya saya sangat selesa berkawan dengan dia,” kata Farisha kepada mStar.

Pelakon filem Budak Pailang itu berkongsi foto mereka sempena hari lahir Farisha yang ke 23 tahun pada Isnin iaitu 25 April lalu.

Farisha 1

Farisha tidak suka berkawan tanpa hala tuju.

Berbicara mengenai jodoh, penyanyi lagu HELLO itu memberitahu dia tidak gemar dengan sikap lelaki yang tidak serius atau main tarik tali ketika dalam proses berkenalan.

“Soal jodoh ini, saya tak suka memaksa situasi… saya jenis follow the flow. Saya suka orang yang berterus-terang dengan apa yang dia nak bila berkawan.

“Tak suka orang main tarik tali. Nak berkawan tapi tak ada hala tuju… tak tahu apa jadi. Bagi saya, jangan buat seseorang itu tertanya-tanya.

“Lagipun, saya tak suka juga buang masa dengan perkara yang tidak pasti,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*