Kalini Hafiz Mahamad ‘Sponser’ 5 Buah Bas Pula Untuk Balik Kampung!

Mood hendak berhari raya dan juga pulang ke kampung sudahpun membuak-buak dalam diri setiap perantau. Mereka yang berada di kampung pula juga sedang menantikan kepulangan sanak-saudara selepas dua tahun hasrat tersebut terhalang.

Disebabkan itu, orang ramai yang mahu bergerak ke destinasi masing-masing sudah membuat perancangan awal dengan mengambil cuti serta membeli tiket jika menggunakan pengangkutan awam.

Sediakan bas percuma

Oleh sebab itu, usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah membuat kebaikkan dengan menyediakan 3 hingga 5 buah bas menuju ke destinasi sekitar Semenangjung Malaysia untuk para perantau yang kurang berkemampuan dan mahu pulang ke kampung halaman.

Hal tersebut dinyatakan sendiri Hafiz di akaun Instagramnya serta menjelaskan yang setiap seorang diberi 5 tiket untuk sama-sama membawa kenalan ataupun ahli keluarga mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Tambahnya lagi, buat permulaan, dia akan menyediakan tiga buah bas terlebih dahulu dan jika mendapat sambutan, jumlah bas akan ditambah lagi.

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk berkongsi hal tersebut kepada rakan-rakan dan juga orang sekeliling supaya lebih ramai yang dapat menaiki bas tersebut. Jangan risau, semua adalah percuma.

“Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas. Ini semua “free” @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti..” tulisnya.

Inisiatif murni Hafiz ini bertujuan untuk berkongsi rezeki buat mereka yang mengalami kesulitan dan berniat memberi sedikit kegembiraan buat mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu dan berharap agar rezekinya sekeluarga terus dipermudahkan.

Ada juga diantara mereka yang mencuba nasib mahu menjadi salah seorang yang bertuah mendapatkan tiket bas percuma dari Hafiz supaya membolehkan mereka melepaskan kerinduan kepada orang tua di kampung halaman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Hafiz Mahamad, OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*