“Orang Itu Nak, Orang Ini Nak..Dulu Saya L4ku Ker4s, Sampai Orang Kaya Dubai Ajak Kahwin..”- Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi meluahkan kesyukuran mengenangkan kasih sayang tidak berbelah bagi diberikan oleh bekas suaminya, Norman Hakim kepada tiga orang anak mereka walaupun sudah 13 tahun berpisah.

Menerusi satu posting video ketika meraikan hari lahir anak lelakinya Mohamed Danish Hakim di laman Instagram baru-baru ini, pelakon berusia 45 tahun itu mengimbau semula memori sewaktu bergelar ibu tunggal.

‘Laku keras’ selepas berpisah

Alhamdulllillah utk 19tahun ini

Sajalah nak share, ada saru cerita ni..sbb tiba2 teringat Buleh ya share? Rilek2 je.. baca dengan tenang hehe..

Bila melihat kasih sayang Papanya dengan anak3 ini, teringat waktu mula2 berpisah dulu.. sy laku keras juga lepas tu haha Org itu nak, org ni nak. Orang kaya ajak kahwin, mcm2lah Antara yg tak buleh lupa, ada org kita yg dah kaya raya duduk di Dubai nk berkenalan/ajak kahwin.. anak saudaranya rekemen . Sy taknak sbb tak taste dgn org berusia Tapii… Bayangkan kalau jadi dulu.. jadi org kaya Dubai dah anak3 ni & tak jumpa dah dengan Papanya ni.. Nasib Mamanya tak gila harta..haha

Apapun, Perancangan ALLAH itulah yg terbaik. Bersyukur ALLAH masih panjangkan umur kami lagi utk melihat anak3 ini membesar. Bahagia mereka ada Mama, Abah, Papa, Mummy. sedikit pesanan dari sy, apapun keadaan, anak2 yg ada jaga sebaiknya. Kecik2 je susah sikit. Dah besar2 nanti kurang2 ada kawan. Didik ikut acuan ALQURAN, ikut ajaran ISLAM, InshaALLAH, ALLAH bantu permudahkan..

ps: ALLAH uji sebab sayang.. Jalan terus! Pasti ada hikmah disebaliknya…

“Alhamdulllillah untuk 19 tahun ini. Sajalah nak share, ada satu cerita ni, sebab tiba-tiba teringat. Buleh ya share? Rilek2 je.. baca dengan tenang hehe,” tulisnya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mendedahkan, ramai mengajak dirinya untuk berkenalan dan mendirikan rumah tangga termasuk lelaki tempatan berstatus orang kaya yang menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih berfikir panjang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru sekali gus menganggap kehidupannya dan anak-anak kini lebih bahagia dan bermakna.

“Bila melihat kasih sayang papanya (Norman) dengan anak-anak ini, teringat waktu mula2 berpisah dulu. Saya laku keras juga lepas tu haha. Orang itu nak, orang ni nak. Orang kaya ajak kahwin, macam-macam lah.

“Antara yang tak buleh lupa, ada orang kita yang dah kaya raya duduk di Dubai nak berkenalan/ajak kahwin.. anak saudaranya cadangkan. Saya tak nak sebab tak taste dengan orang berusia.

“Tapi, bayangkan kalau jadi dulu. Jadi orang kaya Dubai dah anak-anak ni & tak jumpa dah dengan papanya ni. Nasib mamanya tak g1la harta haha,” katanya berseloroh.

Tambah pelakon drama bersiri Gerak Khas itu, dia menyifatkan perancangan Allah SWT adalah terbaik apatah lagi memiliki ‘keluarga besar’ yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

“Apapun, perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur Allah masih panjangkan umur kami lagi untuk melihat anak-anak ini membesar. Bahagia mereka ada mama, abah, papa, mummy.

“Sedikit pesanan daripada saya, apapun keadaan, anak-anak yang ada jaga sebaiknya. Kecik2 je susah sikit, dah besar2 nanti kurang2 ada kawan.

“didik ikut acuan al-Quran, ikut ajaran Islam, insya-Allah, Allah bantu permudahkan,” kongsinya lagi.

Pasangan tersebut dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 19; Marissa Dania Hakim, 17; dan Danisha Hakim, 14.

Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 9; Muhammad Dikhriz Hakim, 7; dan Mikayla Delisha Hakim, 4

Abby turut bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan pada 2013 namun tidak berpanjangan. Dia kemudian berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria 14 Ogos 2015.

Selepas bayi pra-matang mereka meninggal dunia, Abby dan Faizal mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa

 

Sumber:omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.dnq.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*