
Kumpulan wanita popular di dunia pada ketika ini sudah pastinya ialah BLACKPINK daripada Korea! Tipulah kalau ada yang cakap bahawa dia tidak kenal dengan kumpulan yang dianggotai oleh 4 gadis cantik ini.
Boleh dikatakan semua lagu yang didendangkan oleh Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa ini menjadi siulan orang ramai! Antaranya ialah “Ddu Ddu Ddu”, “Boombayah”, “Kill This Love” dan banyak lagi!
Untungnya Ismail Izzani! Itu antara ayat yang diutarakan oleh peminat apabila penyanyi itu bertemu dengan kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK.
Menerusi perkongsian Tiktok @lichaeng_02711 yang telah mendapat tontonan sebanyak 2.4 juta dan mendapat sukaan sebanyak 284,700 dan 1753 komen. Video tersebut merakamkan Ismail yang kelihatan agak gementar bertentang mata dengan Lisa sewaktu menerima hadiah daripada figura popular itu.
Video:
@lichaeng_02711 Anh đó kiểu: Xĩu vì quá đẹp #blackpink #xhtiktok #foryou #TikTokDieuKy #lichaeng_02711 ♬ angel baby slowed – xxtristanxo
Lebih manis lagi apabila hadiah itu merupakan hasil kemenangan Ismail bersama kumpulannya yang mewakili Malaysia dalam pertandingan menari dan BLACKPINK merupakan jurinya.
Meninjau di halaman komen pula ramai warga net mengatakan betapa beruntungnya Ismail kerana dapat bertemu dengan Lisa secara dekat seperti itu.
Komen Netizen:
Sumber: Tiktok & Ig Daebaking
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.vv.cappucinnolatte.com/
Leave a Reply