[VIDEO] Dituduh buat hidung, rupa-rupanya Lana Nodin pernah kem4langan motor RXZ, mengaku baru ganti dengan tulang telinga

BARU-BARU ini, perkongsian video pelakon Lana Nodin di laman sosial mendapat perhatian netizen gara-gara bentuk hidung yang dikatakan berbeza daripada sebelum ini.

Segelintir netizen mula membuat spekulasi dan menuduh pelakon tersebut melakukan rawatan bagi mencantikkan lagi hidungnya.

Terpaksa berkongsi cerita peribadinya, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mengakui pernah menjalani pembed4han rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemal4ngan ketika zaman persekolahan.

Menurut aktres berusia 44 tahun berkenaan, kecederaan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motosikal jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan kampung Felda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)


“Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Korang pun dah banyak buat dosa kering. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya accid3nt.

“Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkvr. Hidung berd4rah… p4tah.

“Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk.

“Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah,” kata Lana.

Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkvr

LANA NORDIN

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon drama siri Kekasih Hati Mr Bodyguard ini berkata prosedur rhinoplasty yang dilakukan hanya bertahan lima hingga 10 tahun saja.

“Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi yang korang nak tahu?

Lana 1

Suami Lana anggap tiada orang yang sempurna.

“Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la… eh kau tengok muka aku. Semua original la,” ujarnya.

Sementara itu, Lana menganggap manusia terutama segelintir orang Melayu sentiasa bersangka buruk terhadap sesuatu disebabkan mempunyai hati yang terlalu hitam.

“Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam.

“Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.

“Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal)… tak ada maknanya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*