Niat Nak Kenakan ‘Sc4mmer’, Sekali Wanita Ini Diajak Kahwin Pula

Sekarang ini ada bermacam-macam teknik yang digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai. Ditambah pula dengan perkembangan teknologi sekarang ini, orang ramai perlu lebih berhati-hati semasa menerima panggilan dari mereka yang tidak dikenali.

Macam situasi yang dikongsikan ini apabila wanita ini cuba mengenakan semula scammer yang menghubunginya namun lain pula yang berlaku akhirnya. Malah rata-rata netizen turut sama terkejut melihat plot twist yang berada di penghujung video itu.

@wazlinrashidd Siapa kena scam sekarang ni ? 😂 #fypdongggggggg #esekeli #fypシ ♬ original sound – Wazlin 🦋


Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat sedang menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Turut kelihatan, rakan-rakannya yang lain yang turut sama mendengar panggilan itu dan melihat bagaimana wanita itu cuba mengenakan scammer itu semula.

Sepanjang perbualan itu, wanita tersebut berjaya menjawabnya dengan tenang malah siap memberikan nombor kad pengenalan yang salah. Dia juga turut berpura-pura mempercayai pemanggil dan melayan semua yang dikatakan lelaki itu.

panggilan

Namun pada penghujung video, lelaki itu kemudiannya mula mengajak wanita itu berkahwin dengannya secara tiba-tiba. Lebih melucukan, wanita tersebut dan rakan-rakan yang lain turut kelihatan terkedu dan tergamam mendengarkan lamaran itu.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berdekah melihat plot twist yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga scammer itu sudah sedar dirinya menjadi bahan usikan dan kembali mengenakan wanita itu semula.

“Dengar ic pun dah tergelak hahaha.”

scammer

“Scammer baru tersedar dia tengah kena game agaknya.”

wanita

“Hahahaha ya allah dia punya plot twist.”

komen

“Betul-betul kena scam cari jodoh.”

tik tok

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*