“Tak kisah tudvh saya cur4ng” – Shakilla Enggan Ded4h Punca Perpisahan, Akui Hubungan Masih Baik Demi Anak

Empat bulan sudah rumah tangga dibina pasangan selebriti, Shakilla Khoriri, 33, dan Fizi Ali, 33, terlerai.

Namun, semakin banyak pula spekulasi bertebaran, sedangkan Shakilla dan Fizi berp1sah cara baik demi anak tunggal, Ameena Sofia yang kini berusia 3 tahun.

Awalnya, timbul persepsi penyampai radio itu mencur4ngi isterinya sehingga menjadi punca perp1sahan. Namun, terbit pula andaian Shakilla bermain kayu tiga, sejak akhir-akhir ini.

Mengulas sejauh manakah didakw4 cur4ng, Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, barangkali isu cur4ng timbul apabila ada yang melemparkan pers3psi berdasarkan apa yang didengari daripada orang lain mahupun Fizi.

“Namun, itu saya tak tahu. Kalau ada yang menudvh saya main kayu tiga, saya tak boleh jawab ya atau sebaliknya. Jika saya keluarkan kenyataan termasuk mended4hkan punca perpis4han, ia bakal mengheret dan menga1bkan ramai pihak.

“Saya juga tidak mahu menga1bkan bek4s suami atau sesiapapun. Jadi, perkara ini terlalu sulit untuk dijelaskan. Lebih baik saya berdiam diri.

“Saya takkan mar4h dan melenting jika ada yang buat andaian saya cur4ng, punca berc3rai, isteri tak baik dan sebagainya.

“Saya maafkan mereka yang membuat tudvhan. Mereka tidak berada dalam kasut saya, tinggal serumah dengan kami dan tidak tahu menahu apa sebenarnya yang terjadi,” katanya kepada BH Online.

Ada beranggapan seolah-olah anda menyalahkan bek4s suami, Shakilla berkata, tidak wujud dia salahkan Fizi.

“Tidak wujud juga saya mahu membalas dend4m, kononnya bek4s suami mencur4ngi saya.

“Mengenali Fizi, dia bukan jenis suka buat hal. Saya baru hidup dengannya selama tiga tahun. Jujurnya, saya tidak tahu apa tersembunyi dalam hati Fizi.

“Kalau Fizi buat hal di belakang, itu saya tidak tahu. Takdir yang tertulis ini adalah alasan kuat dan jelas, tetapi biarlah saya pend4m sahaja.

“Cukuplah, hanya Allah dan ibu bapa saya tahu. Kawan baik pun tidak tahu punca perc3raian kami. Ia terlalu rumit untuk dikongsi,” katanya.

Kenapa perp1sahan terlalu untuk dikongsi, seolah-olah ada perkara besar berlaku, pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya dan Mem & Bibik Bibik itu berkata, dia tidak mahu disebabkan satu perkataan disebut, ia akan memburvkkan keadaan dan mungkin dimanipulasi.

“Satu perkataan bertambah rumit jika penyampaiannya berbeza pada pendengaran orang lain.

“Sebaiknya, saya rasa tidak saya jelaskan apa-apa lagi kerana ia sudah berakhir. Nak kata saya cur4ng, tak mengapalah.

“Tetapi, Fizi baik terhadap saya, lain-lain terserah pada penilaian masing-masing. Apa yang berlaku, biarlah kami sahaja yang tahu dan tak perlu diungkit lagi,” katanya.

Mengulas bagaimana anak melalui situasi ini, Shakilla berkata, dia tidak membuka fail tuntutan di mahkamah syariah, jadi tidak wujud sebarang terma hak penjagaan anak.

“Cuma, Ameena banyak masa bersama saya. Jika terikat komitmen kerja, saya minta tolong Fizi bantu jaga Ameena. Lama-kelamaan saya percaya anak mula faham, biarpun masih kecil.

“Bulan lalu, saya cuba terangkan kepadanya bahasa mudah yang saya dan Fizi sudah tidak berkawan. Ameena macam pelik kenapa saya dan Fizi masih cakap elok-elok.

“Ameena ada bertanya kenapa kami tidak duduk serumah lagi. Saya kena telus dengan anak. Bohonglah jika saya tidak sed1h dengan apa terjadi,” katanya.

Shakilla berkata, dia tidak boleh cakap mudah untuk ‘move on’.

“Saya masih sayangkan bek4s suami kerana banyak memori indah dan susah senang bersama diharungi.

“Saya cuba bertahan di depan Ameena kerana dia juga banyak bertanya. Satu Malaysia pun terkejut apa terjadi, apatah lagi, kami yang melaluinya.

“Jika Fizi bertemu jodoh baru, saya tumpang gembira. Jika ditakdirkan, jodoh kami bertaut semula, saya reda, cuba kena perbaiki kelemahan masing-masing,” katanya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan Ameena Sofia. Fizi mengejutkan ramai apabila mendedahkan berita perpisahan dalam laman Instagram pada 15 Disember, tahun lalu.

 

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.utusan.rimbabara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*