Dari ‘Sayang’ Jadi Paklong, Gadis Terkejvt Teman Lelaki Rupanya Bapa Saudara Jauh

Setiap kali tibanya Aidilfitri, amalan kunjung-mengunjung pasti akan dijadikan tradisi terutamanya bagi masyarakat Islam di Malaysia.

Dengan cara itu, ia sedikit sebanyak dapat membuatkan hubungan kekeluargaan bertambah erat dan saling mengenali terutamanya buat generasi baru.

Anak-anak muda juga perlu patuh mengikuti amalan tersebut supaya tidak berlaku seperti yang dialami oleh pengguna TikTok dikenali sebagai  @ctnrhnm apabila terkejut melihat teman lelakinya adalah ahli keluarga yang berpangkat bapa saudara jauh ketika datang berkunjung sewaktu berhari raya.

Luahannya itu telah mendapat maklum balas daripada netizen yang kebanyakkannya memahami apa yang dirasai gadis tersebut. Dia juga sempat men1ngg4lkan kasyen mewakili perasaannya ketika itu.

“Dari sayang tukar ke paklong” tulisnya ringkas.

Tambah gadis terbabit lagi, hubungan mereka boleh dianggap kuat kerana lelaki berkenaan boleh menjadi wali kepada ibunya.

Susulan daripada itu, rata-rata netizen sepakat mengatakan betapa pentingnya saling mengenali antara ahli keluarga serta saudara mara supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Mereka juga sempat meminta gadis berkenaan bersabar dan move on sahaja daripada percintaan tersebut jika sudah tidak selesa.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama dan menceritakan kisah mereka berumah tangga dengan saudara mara sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok @ctnrhnm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*