“Keturunan Apa Ni, Indah Sungguh Ciptaan Allah SWT” – Netizen Terpuk4u Kecantikan Anak Que Haidar & Linda Jasmine!

Kecomelan dan kecantikan dimiliki anak pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video di TikTok, Que Haidar dilihat melakukan video ‘miming’ bersama dua puterinya yang semakin meningkat dewasa.

Ketiga-tiga mereka kelihatan ceria menggayakan baju melayu dan kebaya sedondon berwarna hitam.

Namun, apa yang menariknya, kebanyakan komen ‘dibanjiri’ dengan pujian terhadap dua anak perempuan Que iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra.

Rata-rata netizen dilihat kagum dengan kecomelan dua orang anak pasangan ini sehingga menggelarkan ada yang menggelar mereka ‘barbie doll’ dan bidadari.

Malah, ramai juga begitu teruja anak bongsu pasangan itu apabila ramai yang memuji kecantikan matanya.

Video:

@quehaidar 🤍🤍🤍 #raya2022 ♬ Selamat Hari Raya – Puan Sri Saloma

Sekadar info, pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haida

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, hasil perkahwinan sebelum ini.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*