Asalnya datang beraya, sekali terus jadi majlis tunang! Tak sia-sia abang askar dah lama beli cincin walau baru pertama kali jumpa

“INI baru the real gentleman, bukan sekadar berjanji-janji”

Demikian antara komen netizen terhadap perkongsian video memaparkan seorang pemuda yang terus membawa keluarganya merisik ‘suri hati’ ketika berkunjung ke rumah wanita itu sempena Aidilfitri..

Lebih rare, kedua-dua keluarga sepakat untuk terus mengikat tali pertunangan meskipun kunjungan raya itu adalah pertemuan pertama kali buat pasangan tersebut dan kedua-dua belah pihak.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Nazira Sebari berkata, pemuda yang melangsungkan pertunangan sebagaimana di dalam video yang tular merupakan abang keempatnya.

“Abang saya, Mohd Nazmi Sebari adalah seorang tentera yang berkhidmat di Sarawak sejak enam tahun lalu. Abang dan bakal isterinya mengenali antara satu sama lain menerusi media sosial beberapa bulan lalu.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Mereka tidak pernah berjumpa sebab abang bertugas jauh dan sudah dua tahun tak balik kampung kerana pand3mik Covid-19.

“Raya kali ini abang dapat pulang ke kampung. Abang cerita dekat ibu, dia nak pergi beraya di rumah seorang kenalan wanita di Taiping. Ibu pun kata jomlah pergi jumpa keluarganya sekali.

tunang 2

Majlis bertunang yang dihadiri keluarga terdekat.

“Apabila sampai di rumah wanita itu, kedua-dua keluarga bersembang dan serasi. Tiba-tiba masing-masing sepakat nak langsungkan pertunangan. Pasangan bakal pengantin pun beri lampu hijau,” kata gadis berusia 20 tahun itu ketika dihubungi.

Mesra disapa Nazira, katanya, pertunangan berlangsung pada hari raya kedua dan dihadiri keluarga terdekat.

tunang 3

Nazira (kanan) bersama bakal kakak iparnya.

“Memang tak plan langsung. Saudara-mara sepupu-sepapat pun tak ikut rombongan sebab asalnya saja nak beraya.

“Cuma sebentuk cincin dibawa kononnya nak hantar tanda. Cincin tu pula abang dah beli lama, cuma tiada calon ketika itu. Bila kedua-dua buah keluarga sepakat, terus bertunang.

“Tiada hantaran apa pun, tapi semuanya dipermudahkan. Orang kata, perkara baik tak perlu tunggu lama-lama,” ujarnya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Memang tak plan langsung. Saudara-mara sepupu-sepapat pun tak ikut rombongan sebab asalnya saja nak beraya.

SITI NAZIRA SEBARI

ADIK

Menurut anak bongsu daripada lima adik beradik itu, bakal kakak iparnya juga berkhidmat sebagai tentera wataniah.

Tambahnya, mengikut perancangan awal, majlis pernikahan dijadualkan berlangsung pada akhir tahun ini.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 727,000 tontonan, Nazira berkata, dia sekadar berkongsi momen hari bahagia abangnya untuk dijadikan kenangan.

tunang 1

Keluarga kedua-dua belah pihak bergambar selepas majlis pertunangan.

“Alhamdulillah, rata-ratanya komen positif. Ada yang komen, ini barulah gentleman tak couple lama, tak pernah jumpa terus bawa famili.

“Walaupun mereka hanya kenal beberapa bulan dan tak pernah bersua muka, namun syukur semuanya seperti dipermudahkan. Lama atau pendeknya percintaan bukanlah ukuran utama.

“Mewakili abang, saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang turut mendoakan agar perjalanan membina masjid buat abang dan bakal isteri dipermudahkan,” katanya.

Komen2 Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*