Wanita ini tak kisah suami kecil, anggap murah rezeki… Dukung terus jadi ‘patung cendana’, awas boleh pusing macam helikopter!

PERBEZAAN fizikal pasangan suami-isteri ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka merasai kebahagiaan berumah tangga.

Menurut Siti Nur Khalieda Yusra, dia tidak kisah biarpun suaminya, Mohd Hilmy Mohd Zaki memiliki tubuh lebih kecil berbanding dirinya.

Kisah ibu kepada dua cahaya mata ini menjadi tular selepas videonya mendukung suami, dikongsi di laman sosial.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Kieda bersyukur dengan kehadiran suaminya, malah menganggap jejaka itu sebagai pembawa rezeki kepada keluarganya.

“Video viral itu dirakam pada hari raya kedua. Saya sebenarnya memang selalu dukung suami. Saya dah kenal dia hampir sembilan tahun. Daripada berat dia 40 kilogram (kg), naik 42 kg, kemudian turun balik. Sekarang dia 41kg, turun sebab puasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Berat saya 49kg masa anak dara, sampai dah melahirkan dua anak, kini berat 59kg. Saya tinggi sikit dan nampak gempal berbanding suami. Sejujurnya saya tak kisah suami bertubuh kecil.

“Kalau kisah, saya tak kahwin dengan dia. Suami seorang yang berbudi bahasa dan sangat baik. Saya juga ambil kata-kata orang dulu-dulu yang suami rendah ni bawa rezeki buat isteri dan keluarga.

“Walaupun di awal perkahwinan rasa susah sikit, tapi lama-lama rezeki datang kepada kami, alhamdulillah,” ujar pengusaha makanan crepe.

kieda2

Kieda dan suami mempunyai dua cahaya mata.

Mendirikan rumah tangga sejak 2016, Kieda dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata kini berusia lima dan tiga tahun.

Mengenai video yang tular sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan di aplikasi TikTok, Kieda berkata, dia dihujani pelbagai komen netizen termasuk golongan isteri yang senasib dengannya.

“Ada juga wanita yang kata dia segan nak pakai kasut tumit tinggi kerana suami pendek. Ramai juga yang kongsi cerita. Alhamdulillah tiada komen kecaman, kebanyakannya positif.

Dia seorang yang berbudi bahasa dan sangat baik. Saya juga ambil kata-kata orang dulu-dulu bahawa suami rendah ni bawa rezeki buat isteri dan keluarga.

KIEDA

“Suami pun tahu video itu viral. Dia selalu kata, kalau nak buat content, boleh buat dengan dia. Dia supportive kalau saya ajak.

“Masa rakam video dukung tu, kami sebenarnya tengah ambil gambar. Kemudian saya kata nak dukung dia, terus kami rakam video. Masa saya dukung tu, dia macam patung cendana,” ujarnya berseloroh.

Dalam video tersebut, Kieda turut berjenaka mengenai kelebihan bersuamikan lelaki bertubuh kecil.

kieda4

Video pasangan ini meraih lebih 1.3 juta tontonan di TikTok.

“Ni hang nak tau apa untungnya kahwin dengan lelaki rendah, lelaki kecil, lelaki kurus, lelaki rendah pada hang… Nak tahu, sat aku tunjuk kat hang.

“Bila dia sakit, boleh angkat. Bila kata kantoi curang ke, buat macam ni, hang pusing macam helikopter,” ujarnya sambil mendukung lelaki itu sebelum mereka tergelak bersama.

Bercerita mengenai dirinya, Kieda kini sibuk menguruskan sebuah kedai makanan yang baru dibuka di Kepala Batas sejak tiga bulan lalu.

kieda5

Kieda mengusahakan sebuah kedai makanan.

Menurut Kieda yang berniaga makanan sejak 2019, dia menawarkan lebih 60 jenis makanan seperti crepe, kek, puding, biskut dan kerepek.

Untuk rekod, kisah kebaikan suami Kieda pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 24 Ogos tahun lalu.

Pada waktu itu, kisah suami Kieda yang banyak berkorban ketika dia melahirkan anak menjadi tular dan menerima pujian ramai.

kieda 7

Kisah pengorbanan suami Kieda mendapat liputan mStar pada tahun lalu.

Paling diingati tentunya tindakan suaminya yang sanggup mencuci najis Kieda sewaktu dia hampir melahirkan bayi kedua pada November 2019.

Selain menguruskan proses berpantang, suami Kieda juga tidak kekok membersihkan luka sewaktu dia bersalin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*