Jangan Terkejut! Inilah Perniagaan Sebenar Datuk K

Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K adalah seorang uasahawan berjaya tanah air. Dilahirkan pada 18 Februari 1959 di kota Kuala Muda, Kedah, beliau sememangnya dikenali bukan sahaja sebagai usahawan berjaya malah sebagai suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza.

Sebelum pernikahan bersama Datuk Siti, beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada tahun 1985 namun bercera1 pada Mac 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Pastinya ramai yang tertanya apakah sebenarnya sumber kekayaan Datuk K kerana maklumat mengenai perkara berkenaan amat sedikit.

Walaupun begitu, disini kami akan kongsikan serba sedikit maklumat yang berjaya diperoleh hasil carian kami.

Merupakan pengerusi syarikat kosmetik nombor satu Malaysia iaitu SimplySiti Sdn. Bhd selain merupakan pengasas kepada Yayasan Nurjiwa, Datuk K juga merupakan pengarah kepada beberapa syarikat terkemuka di Malaysia seperti DFZ Capital.

Antara bidang yang dipeloporinya adalah seperti peruncitan, resort, rekreasi dan pengangkutan. Malah, syarikat seperti the ZON yang menjual barangan bebas cukai seperti di lapangan terbang juga merupakan miliknya.

Semasa proses penceraiannya bersama Tengku Zawyah, beliau mampu untuk menyerahkan dua buah rumah berkembar dan banglo empat tingkat yang kesemuanya mencecah jumlah RM 9 Juta kepada bekas isteri.

Turut dipersetujui dalam perbincangan harta sepencarian adalah keperluan menyediakan peruntukan tambahan yang meliputi kos percutian tahunan, perbelanjaan bulanan, insurans, kos perubatan serta kos penyelenggaraan dan keperluan rumah kepada Tengku Zawyah.

Pastinya syarikat yang dimiliki Datuk K bukan syarikat kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan bekas isteri, anak-anak serta kini keluarga bahagianya bersama Datuk Siti dan dua orang anak mereka.

 

Sumber :Youtube

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.viralmy.me

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*