“Masa Tu Tak Kis4h Langsung Orang Gel4r Perigi Cari Timba” – Rupanya Elyana Yang Lamar Suami

Penyanyi Elyana mengimbas kembali kisah perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin.

Menurut Elyana, disebabkan cita-citanya ingin berkahwin awal dan menjadi seorang ibu, dia telah bertindak melamar suaminya terlebih dahulu.

“Cita-cita saya dari dulu adalah ingin menjadi seorang ibu dan nak kahwin awal. Sebab itu saya yang melamar suami saya,” dedahnya.

Kata Elyana, pada ketika itu dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain asalkan hasratnya tercapai.

“Masa itu tak kisah langsung orang gelar perigi cari timba, yang penting nak kahwin. Alhamdulillah tercapai.

“Semoga semua yang bergelar ibu di luar sana diberikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Emrizal (@elyanaofficial1)


Elyana berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Sehingga kini Elyana bahagia melayari bahtera bersama suami tercinta yang sentiasa berada di sampingnya.

Elyana dan Khairul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 12 dan seorang anak angkat, Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Elyana juga merupakan seorang cancer survivor dan melahirkan rasa syukur apabila dirinya bebas sepenuhnya daripada k4nser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*