Irfan Haris masuk hospital akibat s4kit tekak tervk, terpaksa tangguh pembed4han demi lancar lagu baharu

DEMI melancarkan lagu baharu pada Jun ini, penyanyi Irfan Haris sanggup menahan sakit dan menangguhkan prosedur pembed4han membuang sinus yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Menurut Irfan atau nama sebenarnya Irfan Haris Othman, 21, dia juga mengikut nasihat doktor agar terus mengambil ubat dan sakit yang dialami itu masih belum tahap mendesak sehingga perlu pembed4han segera.

“Kebelakangan ini sakit tekak saya semakin teruk sehingga menyebabkan ulser dalam mulut dan saya tidak boleh nak makan. Disebabkan itu badan jadi lemah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Irfan Haris (@irfannharis)


“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut, masalah ini disebabkan oleh sinus dan doktor cadangkan untuk buat pembed4han. Tetapi saya perlu berehat lama sekurang-kurangnya dua bulan.

“Saya tangguhkan dahulu untuk buat pembedahan kerana sekarang ini dalam proses untuk siapkan lagu baharu. Biarlah selesai dahulu kerja kemudian baru saya akan jalani pembed4han.

“Saya mengikut nasihat doktor untuk mengambil ubat-ubat yang diberikan supaya keadaan kesihatan sentiasa baik dan doktor juga maklumkan situasi saya ini tidaklah mendesak untuk segera melakukan pembed4han,” katanya kepada mStar.

irfan haris 2

Irfan akan jalani pembedahan selepas selesai lancar lagu baharu.

Adik kepada penyanyi Amira Othman ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Ahad lalu selepas beberapa hari alami sakit tekak yang teruk.

Irfan yang dihubungi pada Rabu memaklumkan dia sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan supaya lebih banyak berehat.

“Kalau sebelum ini saya hari-hari menyanyi cover lagu, mungkin selepas ini kena bataskan aktiviti tersebut. Jadual persembahan juga tidak boleh terlalu kerap sebab nak menjaga suara.

“Harap dengan bantuan ubat-ubatan yang dibekalkan dapatlah saya bertahan dan masalah sakit tekak ini tidak semakin teruk,” jelasnya.

Biarlah selesai dahulu kerja kemudian baru saya akan jalani pembed4han

IRFAN HARIS

PENYANYI

Sementara itu, bercerita tentang lagu baharu yang bakal dilancarkan, kata Irfan ia merupakan ciptaannya sendiri dan sudah siap dihasilkan sejak empat tahun lalu.

Lagu genre balada ini juga lebih dekat dengan hatinya kerana menurut Irfan peminat meminati dia apabila menyanyikan lagu-lagu sebegitu.

irfan haris 3

Bakal lancar lagu yang sudah disimpan sejak empat tahun lalu.

“Apabila saya buat cover lagu-lagu jiwang di media sosial, ramai yang suka. Jadi saya rasa inilah masanya untuk saya keluar dengan lagu sebegini setelah lama disimpan.

“Sememangnya saya amat teruja dengan projek baharu ini kerana ia begitu dekat dengan hati dan mengharapkan agar peminat menyukainya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*