‘Jangan Jadi Penunggang Agama, Mun4fik’ – Mawar Karim Mula B0ngkar Perkara Ini

Usahawan terkenal, Mawar Karim menerusi satu hantaran di laman Instagram meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang individu yang dipercayai mahu menjatuhkannya.

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Tak Bankrap, Buat Laporan Polis Nafi Hutang RM720,000

Artikel Berkaitan: Ditudvh Tak Bayar Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dakwa Kena Fitn4h Dengan Individu ‘S’

Tindakan melampau

Hanya dikenali sebagai S, Mawar mendakwa individu berkenaan sanggup membuat akaun palsu di laman TikTok semata-mata mahu menjatuhkan kehidupannya termasuklah hal perniagaan dan keluarga.

Tak perlu gigih upah create TikTok fake account semata-mata nak sabotage life, business, personal, reputation saya, family dan orang yg tiada kaitan.

Jadi la manusia yang professional, bertauliah. One more jangan jadi penunggang agama or munafik. Come on, tak perlu berselindung di sebalik nama S.A.M.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini sempat memberikan amaran kepada individu berkenaan supaya lebih jujur dan tidak menggunakan agama semata-mata demi kepentingan diri sendiri.

Tidak berdiam diri, Mawar turut sempat menjelaskan mahu berjumpa individu berkenaan di mahkamah bagi menuntut keadilan.

One day orang akan tahu siapa awak dan apa kegiatan yang awak jalankan. Selama ini saya diam, diugut macam-macam. Kita serah pada pihak berkuasa.

Terdahulu, menerusi Instagram Stories, bekas isteri aktor Fizo Omar ini mendakwa dia telah difitnah oleh individu yang digelar ‘S’ dan dakwanya ini bukan kali pertama terjadi.

Ig story asal:

Mawar Dah Kahwin?

Dalam perkembangan lain Usahawan tudung, Mawar Karim dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.

Desas-desus tersebut didedahkan seorang netizen kepada Kosmo! Online menerusi direct message (DM) Instagram.

“Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang,” tulis satu sumber ringkas melalui DM yang ditinggalkan.

Turut disertakan dengan pendedahan tersebut termasuklah beberapa keping gambar pengasas jenama Tudung Fareeda itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka. Antara VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.

“Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada benar atau tidak keaslian gambar tersebut.Yang jelas, hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti lazimnya digayakan pengantin pada hari pernikahan.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim, 33, juga belum berhasil apabila panggilan telefon dan pesanan yang ditinggalkan di WhatsApp tidak berbalas.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar itu sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang yang berkerjaya seorang ahli perniagaan juga berasal dari Utara tanah air.

Sungguhpun begitu, Mawar ketika ditemu bual enggan mendededahkan status lelaki itu kerana menurutnya, hubungan mereka masih terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum iaitu lebih kurang setahun perkenalan

 

Sumber: Mawar Karim

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*