“Lama Juga Fikir Utk Nyanyikan Lagu Ini…,” – Bakal Buat ‘Baby Shower’, Raja Ilya Teruja Rakam Balik Lagu Bollywood

Meski sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertamanya, model dan pelakon cantik, Raya Ilya berkesempatan merakamkan semula lagu ‘cover’ Bollywood, Zara Zara.

Lagu Hindi yang dipopularkan oleh Bombay Jayashri itu pernah dijadikan runut bunyi bagi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein diterbitkan pada tahun 2001 lakonan Madhavan, Saif Ali Khan dan Dia Mirza.

Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, tawaran untuk merakamkan semula lagu tersebut itu datang penerbit muzik dan komposer dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam sekitar September tahun lalu.

“Lama juga saya fikir sama ada untuk menyanyikan lagu ini atau sebaliknya. Tambah pula saya sedang berbadan dua selain saya bukan penyanyi profesional.

“Malah selama ini pun saya tak pernah menyanyikan lagu Bollywood secara serius atau profesional. Saya awalnya tak yakin dengan diri sendiri.

“Tapi komposer itu yakin saya boleh melakukannya. Malah dia siap menghantar demo lagu itu untuk saya cuba nyanyikan,” katanya.

Versi berkenaan telah lancarkan pada 5 petang tadi di platform YouTube dan media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


“Fikir punya fikir, saya akhirnya bersetuju dan mencabar diri. Akhirnya saya sendiri jatuh hati dengan lagu itu yang diakui sangat popular dan ramai orang suka.

“Malah ramai juga yang menyanyikan lagu itu dan dikongsi di YouTube. Bagaimanapun, bukan mudah proses rakaman. Makan bulan juga.

“Lagipun saya di Perth, Australia dan komposer itu di KL. Tapi dengan kemajuan teknologi, proses rakaman itu tetap berjalan seadanya.

“Tak saya nafikan, banyak juga kesilapan dilakukan semasa rakaman. Lalu, komposer kena bimbing saya banyak kali untuk memperbetulkan kelemahan dan kekurangan. Termasuklah cara sebutan bahasa Hindi untuk lagu itu selain tempo,” katanya lagi.

Bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu turut menjelaskan, proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ terbitan Vineyard Records itu juga memakan masa.

“Rakaman suara saya itu selepas melalui beberapa proses turut dihantar ke sebuah studio muzik di United Kingdom, London untuk diadun secara profesional.

“Malah komposer itu turut memberitahu versi bahasa Tamil lagu itu juga akan dinyanyikan selebriti Bollywood bernama Sophie Choudhry. Saya sempat ‘google’ namanya di internet dan ternyata Sophie penyanyi profesional,” katanya.

Raja Ilya berkata akhirnya bulan lalu, rakaman akhir lagu berkenaan sudah siap diperdengar kepadanya.

“Saya jadi bertambah cuak nak perdengarkan kepada peminat dan pengikut di media sosial. Maklumlah, saya bukan penyanyi profesional.

“Tapi sejak saya memuat naik ‘teaser’ lagu itu, ramai memuji dan tak sabar untuk mendengar versi penuh. Saya bagaimanapun tawakal saja dan anggap ini hanya percubaan suka-suka. Kalau ada yang suka, bonus.

“Kalau sebaliknya, saya reda,” katanya yang  memaklumkan akan diadakan majlis ‘baby shower’ bertemakan Bollywood untuk bakal anak, minggu ini.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia, Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia ak.ibat penularan pand.emik CO.VID-19.

Raja Ilya dijangka bakal melahirkan anak perempuan sulungnya pada pertengahan Julai depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.utusan.rimbabara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*