Nourul Depp bakal berbesan dengan Pelakon terkenal

Kuala Lumpur: “Insya-Allah, serahkan pada Allah. Susunan Dia,” kata penyanyi Nourul Depp selepas berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada pelakon Maria Farida iaitu Mizan Ashley.

Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut dengan gembira oleh rata-rata peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.

Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.

“Dia bersyukur dikurniakan teman wanita yang baik,” tulis Maria di ruangan komen.

Ayu bersama kekasihnya, Mizan Ashley yang juga anak pelakon, Maria Farida.

Menerusi perkongsian Nourul di Instagram, dia mengaku gembira apabila dapat berkenalan dengan Mizan yang dianggap seorang jejaka jujur.

“Anak yang baik sebab dia ada mama yang hebat. Saya gembira dapat mengenali anda. Seorang jejaka jujur yang pernah saya kenali. Terima kasih kerana menjadi diri anda dan sentiasa mengambil berat mengenai anak saya,” tulisnya.

Ucapan Hari Jadi dari Maria Farida Kepada Anaknya

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nourul bagi mendapatkan reaksinya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila kiriman WhatsApp tidak dibalas dan panggilan telefon tidak dijawab

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*