Tudung Tercabut Ketika Berlawan, Aksi Pesilat Malaysia ‘Cover’ Rambut Atlet Indonesia Raih Pujian Netizen

Tindakan pantas atlet silat negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya dari Indonesia Selly Andriani sewaktu berlawan meraih pujian wargamaya.

Menerusi platform TikTok, tular video sewaktu momen tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @_alice_harun_shim.

Menerusi perkongsian tersebut, pesilat Malaysia berentap dengan pesilat Indonesia dalam kategori wanita dan sewaktu terj4tuh, dia tertarik tudung pihak lawan.

Siti bergegas bangun bagi melindungi kepala Selly dan membolehkan pesilat tersebut membetulkan semula tudung yang dipakai sebelum kembali meneruskan perlawanan.

Video:

@_alice_harun_shim Pesilat Malaysia 🟦 (Shazwana) tolong cover rambut pesilat Indonesia 🟥 (Selly Andriani) disebabkan tudung Selly tertanggal. 👏🏻 👏🏻 👏🏻 #seagamesvietnam #pencaksilatindonesia ♬ original sound – ✝️_Alice_Harun_✝️


Sementara itu di ruangan komen, tindakan Siti dihujani dengan pujian daripada kedua-kedua belah negara.

Tanpa mengira kal4h atau menang, dia tetap menjaga apa yang perlu ditutup disamping mempamerkan semangat k3$ukanan yang tinggi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok.

Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya setelah mengal4hkan Selly Adriani dalam kelas E (65-70kg).

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*