
Menghirup minuman latte panas di cuaca sejuk dengan suasana yang aman dan menenangkan mampu memberikan kesan tenang kepada emosi si peminum. Apatah lagi bila latte tersebut disertakan dengan seni di atasnya.
Kebiasaannya latte sebegini boleh didapati di kedai-kedai kopi atau kafe. Namun begitu lain pula yang jadi dalam sebuah rakaman yang dikongsikan ini. Dalam rakaman tersebut kelihatan makanan dihidangkan di sebuah gerai di tepi jalan.
Pada awalnya sepinggan nasi berlaukkan telur sambal dan keropok dihidangkan. Namun apa yang dihidangkan selepas itu telah membuatkan ramai terkejut. Seorang wanita membawakan pelanggannya secawan latte siap ada seni lagi di atasnya!
Berikut adalah perkongsian rakaman gerai hidangkan latte persis kafe yang telah membuatkan ramai terkejut ini:
@rifqi_gbk #xyzbca #disponsori #fyp #fypシ #meme #aneh #viral #btsanjiing #btsanjing ♬ som original – Tik Toker
Perkongsian rakaman gerai hidangkan latte persis kafe ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun rifqi_gbk. Malah rakaman ini juga telah meraih lebih 12 juta tontonan dan 1.8 juta likes.
Rata-rata warganet terkejut menyaksikannya dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Dik makanan tu RM3.50, latte RM15”
“Mak cik bie like: Jangan pandang rendah dengan mak cik tepi jalan”
“Kedai terlihat seperti biasa namun service nya luar biasa”
“Tepi jalan boleh dapat barang 5 stars”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:HCL
Leave a Reply