“Rindu Nak Naik Pelamin” – Netizen Risau ‘Caption’ Gurauan Alif Satar Di Instagram

Baru sahaja memuat naik gambar seakan-akan bersanding di atas pelamin, netizen mula membanjiri ruangan komen Alif Satar terhadap ‘posting’nya di Instagram.

Memuat Naik Gambar Di Atas Pelamin

via Instagram Alifsatar

Di Instagram milik Alif Satar, dia memuat naik satu gambar memakai baju melayu lengkap berwarna hijau bersama isterinya, Sha Dila Halid.

Gambr tersebut yang baru sahaja dimuat naik oleh Aliff menjadi topik perbualan apabila ‘caption’ yang diletakkan mengundang kerisauan netizen.

Rindu Nak Naik Pelamin

‘Caption’ yang ditulis Alif pada gambar tersebut menyatakan bahawa dia rindu untuk naik pelamin dan mengharapkan netizen memberi peluang untuk dia dan isterinya yang sudah mempunyai anak tiga bergambar di atas pelamin.

Rindu nak naik pelamin.. bagi chance la kat kami ni, pengantin lama anak 3

Netizen Mula Risau

via Instagram Alifsatar

Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan netizen turut terhibur dengan perkongsian tersebut. Malah ada juga yang risau akan ‘caption’ gurauan Alif itu.

Malah isterinya juga turut memberikan komen gurauan dengan menyatakan bahawa rindu untuk naik pelamin itu hanya untuk dia dan Alif sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*