“Sedapnya nama, comel lagi! Tahniah..”- Mira Filzah ded4h wajah anak & nma anak sulung

Selepas seminggu menimang cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar sepakat menamakan anak nama mereka sebagaj Wan Khair Amir.

Perkara tersebut diumumkan Mira dan Wan Emir menerusi satu hantaran dalam Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Mira dan Emir memaklumkan nama anak lelaki mereka diambil bersempena nama bapa kepada Emir iaitu Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar serta gabungan nama mereka berdua.

“Hari ini (16 Mei 2022) hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan puteri kami sebagai Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“Wan Khair Amir. ‘Khair’ membawa maksud ‘baik’ atau ‘elok’ yang diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). ‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah’ atau ‘pemimpin’ yang diambil daripada gabungan nama kami berdua, Emir dan Amirah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)


Dalam hantaran sama, Mira dan Emir turut berkongsi tentang amalan sunnah iaitu ‘tahnik’ terhadapnya yang telah disempurnakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don.

Sementara itu, Mira dan juga Emir turut berharap agar cahaya mata mereka dapat membesar dan menjalani kehidupan yang baik di dunia serta menjadi anak yang soleh.

“Kami akan usaha dan bertawakal kepadaMu agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumiMu.

“Membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Amin.

Perkongsian tentang nama anak mereka itu turut mendapat doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis termasuk peminat Mira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)


“Syukur kehadratNya. Wan Khair Amirsemoga mendapat berkat dan menjadi khalifah yang soleh,” ujar pelakon Lisa Surihani.

“MasyaAllah semoga menjadi anak yang soleh,” kata penyanyi Ernie Zakri.

“Sedapnya nama! Tahniah,” ucap pelakon dan juga penyanyi Janna Nick.

Sekadar info, Mira selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 10 Mei lalu di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, telah mendirikan rumah tangga bersama Emir, 30, pada 3 September 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*