Aeril Zafrel dikec4m tak tunjuk simpati Kazim Elias mengadu s4kit, d4kwa tengah berlakon dengan Mawi

GARA-GARA menulis satu komen di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak mempercayai perkongsian pendakwah bebas tersebut.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang penyakit misteri dialami Kazim memandangkan perkongsian pendakwah berkenaan tidak jelas.

“Shooting kan ni ustaz?

“Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

Rata-rata netizen yakin apa yang dikongsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi

AERIL ZAFREL

PELAKON

“Bukan… ini buatan has4d d3ngki orang terhadap Ustaz.

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

komen aeril 11

Pertanyaan Aeril tentang s4kit Kazim.

Terdahulu, Kazim berkongsi gambar di laman sosial memperlihatkan tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil namun tidak menjelaskan peny4kit sebenar yang dialami.

Beliau turut meminta mana-mana pihak membantu mengubati peny4kit mist3ri yang dihidapinya itu.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap keadaannya itu dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen Kazim dan Mawi berkaitan perkara tersebut masih gagal kerana kedua-dua mereka tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*