Trend jij1k! Abang sado jadi pengot0r pindahkan air suplemen dari mulut ke mulut, doktor kata bah4ya boleh sebabkan kem4tian

JIJ1K dan meloyakan.

Di sebalik tubuh sasa dan penampilan macho, sekumpulan lelaki melakukan aktiviti tidak senonoh demi trending di media sosial.

Menerusi satu video yang kini tular, tiga pemuda dilihat beraksi di gim mengikut cabaran TikTok yang dikenali sebagai ‘Dry Scooping’.

‘Dry Scooping’ adalah cabaran menelan serbuk suplemen tanpa air untuk tenaga segera dalam kalangan mereka yang bersenam di gim, kini menjadi trend di media sosial itu.

Namun apa yang menjij1kkan ialah mereka kemudian seolah-olah ‘membancuh’ air suplemen itu sebelum memindahkannya ke mulut orang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan sebagai pengotor dan melampaui batas.

“Pengotor gila.”

“Eewwww jijik.”

“Nak minum air member pun jentik straw dulu, inikan pula mulut ke mulut. Loya tekak.”

“Harap-harap dia orang gosok gigi la,” komen segelintir netizen.

trend mulut ke mulut 3

Seorang pemuda (kiri) cuba ‘membancuh’ supplemen di dalam mulutnya sebelum dipindahkan ke mulut rakan.

Malah, ada yang menyatakan tindakan ketiga-tiga pemuda itu sengaja mengundang risiko yang kini menjadi kebimbangan ramai iaitu wabak peny4kit tangan, kaki dan mulut (HMDF) yang boleh merebak melalui air liur, cecair lepuh dan najis.

Ini termasuklah penyakit cacar monyet atau monkeypox yang kini hangat diperkatakan yang mana boleh disebarkan melalui sentuhan dengan luka pada kulit atau titisan cecair badan daripada orang yang dijangkiti.

“Punca segala penyakit betullah.”

“Yang ni ke penyakit cacar monyet?”

“Ini bukan cacar monyet. Inilah monyetnya,” antara komen-komen netizen.

trend mulut ke mulut 2

Antara komen-komen netizen.

Bercakap kepada mStar, pengamal perubatan Dr Ahmad Samhan Awang berkata, trend ‘Dry Scooping’ iaitu menggalakkan pengambilan serbuk suplemen tanpa air sebenarnya bahaya.

“Amalan ini berisiko dan boleh membahayakan kesihatan seperti jantung berdenyut laju, jangkitan paru-paru dan sesak nafas.

“Ada yang kata ambil serbuk suplemen tanpa air boleh meningkatkan tahap penyerapan dalam perut dan boleh workout lebih kuat. Tiada kajian khusus untuk itu,” katanya ketika dihubungi.

Mulut adalah tempat di mana paling banyak kuman. Jika salah seorang dijangkiti penyakit, semua orang akan dijangkiti.

DR AHMAD SAMHAN

Dr Ahmad Samhan berkata, suplemen pra latihan yang dibuat mesti dicampur dengan air sebelum minum.

“Bila telan serbuk tanpa dicampur air, boleh menyebabkan risiko serbuk masuk ke dalam paru-paru bukan ke dalam perut. Ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

“Menelan serbuk yang bercampur hanya dengan air liur menghasilkan ketulan yang sukar ditelan. Ini boleh menyebabkan risiko tertutup salur pernafasan dan kem4tian.

“Serbuk suplemen juga mengandungi kafein. Bila telan serbuk ada risiko pengambilan berlebihan. Pengambilan kafein tinggi menyebabkan jantung berdenyut laju,” tambahnya.

trend mulut ke mulut 4

Dr Ahmad Samhan.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai aksi memindahkan air dari mulut ke mulut sebagaimana yang dirakamkan dalam video yang tular.

“Trend berkongsi air dari seorang ke seorang bukan saja menjijikkan tetapi berisiko untuk menyebarkan jangkitan.

“Mulut adalah tempat di mana paling banyak kuman. Jika salah seorang dijangkiti penyakit, semua orang akan dijangkiti,” tegas Dr Ahmad Samhan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*