Khai Bahar Rampas Semula Kemenangan, Shiha Zikir buat Kejutan di AME2021

Tahniah diucapkan buat penyanyi popular, Khai Bahar yang unggul merangkul kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) dalam Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain membawa pulang trofi kategori utama, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, turut menepati ramalan ramai apabila turut memenangi Anugerah Penyanyi MeleTOP.

“Syukur ini adalah atas sokongan peminat. Mereka yang banyak mengundi saya untuk menang anugerah ini. Usaha mereka yang saya hargai.

“Tidak dinafikan, setiap yang tercalon pun tak kurang hebat dan masing-masing ada potensi untuk menang. Tapi inilah namanya rezeki, kepercayaan oleh peminat,” katanya.

Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga Khai memenangi anugerah utama tersebut, sebelum ini pada tahun 2018 dan 2019.

Sementara itu, AME tahun ini juga memberi makna tersendiri buat Shiha Zikir yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Top Top Meletop (Wanita) selain empat anugerah lain iaitu Lagu Meletop Era, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Group/Duo MeleTOP menerusi lagu AEOW yang turut menampilkan Noki.

“Sangat tak sangka sebenarnya. Malah bila dapat pencalonan awal pun rasa terkejut untuk empat kategori. Tak terfikir dan tak terlintas.

“Penghargaan ini buat peminat juga sebenarnya. Lebih 12 tahun dalam industri, ini turut menjadi bukti kesungguhan saya selama berada dalam industri seni.

“Malah apa yang saya buat selama ini bukanlah sebab nak menang anugerah atau nak popular. Ini adalah jiwa saya dan minat saya,” katanya.

Kumpulan wanita sensasi, Dolla pula memenangi Anugerah Top Top Meletop Group/Duo.

AME2021 memberikan penghargaan menerusi Anugerah Legend Muzik MeleTOP kepada komposer terkenal Roslan Aziz manakala Anugerah Sepanjang Zaman diberikan kepada pelakon senior, Hamid Gurkha.

Datuk Aznil Haji Nawawi pula menerima Anugerah Khas MeleTOP bagi menghargai jasanya dalam industri hiburan tanah air selama 32 tahun.

Tahun ini AME dihoskan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Jihan Muse serta turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh barisan artis seperti Yonnyboii, Zizi Kirana, Bunga, De Fam, MK K-Clique, Han Byul dan Datuk Norman dari kumpulan KRU.

Turut sama membuat persembahan menerusi AME2021 ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Search, Hael Husaini, Dolla, Wany Hasrita, Siti Nordiana, Amir Masdi, Afieq Shazwan, Ucop dan Tajul.

Ini senarai penuh pemenang AME2021;

Lagu Meletop Era – Aewo (Shiha Zikir & Noki)

Filem Meletop – Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem Meletop – Shiha Zikir

Personaliti TV Meletop – Jihan Muse

BBNU Meletop – Alyssa Dezek

Penyanyi Meletop – Khai Bahar

Couple Meletop – Emma Maembong & Muhammad Shazli

Si Cilik Meletop – Arianna Aubrey & Karl Kareef

Pelakon Meletop – Fasha Sandha

Program Meletop – Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar

Group/Duo Meletop – Shiha Zikir & Noki

Artis Baharu Meletop – Dini Schatzmann

Artis Versatil Meletop – Shiha Zikir

Video Meletop – Canggung (Wany Hasrita)

Drama Meletop – Kampong Pisang Bersiri-Siri

Influencer Meletop – Dr Say Shazril

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*