Akhirnya Terungkai, Mawar Karim Bvka Cerita Sebenar D4kwaan Beliau Kahwin Dah 3 BuIan Dan Bermadu

“Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar bermadu” itu kata sumber kepada Harian Metro mengenai spekulasi status perkahwinan usahawan terkenal Mawar Karim dengan ahli perniagaan asal Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z.

Malah, sebelum ini tular video yang mendedahkan pasangan itu sudah berkahwin Di Bukit Tinggi, Pahang selain wajah suami Mawar turut diperkenalkan.

Bagaimanapun, Mawar, 33, yang ditemui pada Majlis Perasmian Lana’s Bakery Land di Petaling Jaya, semalam menafikan perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)


Menurut sumber itu juga, kehadiran Mawar pada majlis berkenaan turut ditemani suaminya.

Menurut Mawar juga ibu kepada seorang anak perempuan, Wan Maryam perancangan untuk berkahwin ada dan mohon doa yang terbaik.

“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)


“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kongsi cerita peribadi di media sosial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.

Mawar berkata, apa yang penting lelaki itu boleh menerima anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

“Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima”

“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)


Terdahulu, pada April lalu akhbar ini melaporkan Mawar mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan berasal dari utara tanah air dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun ini.

Mawar berkata, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun lalu dan kini sedang dalam proses mengenalinya dengan lebih mendalam.

Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

 

Sumber:hm

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*