“Sy Kurang Aktif Sebab..”- Jihan Muse Terima Rawatan Di Hospital, Baru Sedar Sedang H4mil ‘Anak PKP’

Menerusi satu klip yang mdikongsikan oleh salah seorang peminat selebriti yang bakal bergelar ibu kepada dua orang anak iaitu Jihan Muse kini menarik perhatian para netizen apabila beliau mengaku hamil anak kedua dan bakal melahirkan pada bulan September ini. Kenyataan beliau hasil temu bual di belakang tabir Anugerah Meletop Era baru baru ini mengejutkan ramai pihak kerana berjaya sembunyikan kandungan beliau dari orang ramai. Beliau kini dikatakan kurang giat dalam industri seni kerana dikatakan perlu dijaga rapi atas sebab tertentu dan pernah masuk wad akibat terlalu penat saat hamil anak kedua.

Ketika beliau menghoskan rancangan Gegarvaganza baru baru ini, beliau telah menerima khabar angin bahawa beliau telah hamil namun kenyataan tersebut disangkal oleh beliau sendiri dengan menyatakan beliau juga menginginkan hal tersebut terjadi tapi percaturan Allah masih tidak diketahui. Kini, kemunculan beliau sebagai pengacara bersama Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad membuatkan beliau menjadi perhatian para netizen apabila bentuk badan beliau berubah dan persis seperti ibu mengandung dan beliau mengaku bahawa ini saatnya dimana para peminat beliau patut mengetahui status kehamilan anak kedua beliau.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@Aisyah Mohd Nawi Ais:cantik jiham mlm ni…seri ibu ngandung

@eykabella768:betul la kn masa gv tahun lps tu dia belum prgnant lg..de yg ckp lama noo jihan prgnant

@mommyadelealeesa:Aku mase bpe weeks prgnant dpt covid..mmg dlm suasane stress lg2 kuarantin kt rumahdgn sesak nafasnye..dgn alahanye

@muizbadrul19:Tahniah Jihan

Melalui temu bual tersebut, beliau menyatakan kandungan beliau kali ini sanat meletihkan kerana faktor usia beliau yang kini semakin meningkat namun keterujaan beliau untuk menunggu kelahiran anak kedua beliau tidak dapat disembunyikan pada temu bual tersebut.Tambahan pula walaupun beliau kini mengandung anak kedua, beliau masih perlu memberi perhatian penuh kepada putera sulung beliau yang kini semakin membesar dan memerlukan kasih sayang yang sepenuhnya dari beliau dan suami. Apa apa pun sebagai peminat hanya mampu berdoa yang terbaik untuk beliau dan keluarga kecil beliau..

 

 

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://sinetronmalaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*