Ditvduh Buat Bariatrik, Ini Respond Fasha Sandha

Dilihat tampil cantik dan semakin langsing, pelakon Fasha Sandha manafikan dia melakukan pembed4han bariatrik untuk menurunkan berat badan.

Memetik Harian Metro, Fasha berkata dia hanya mengawal pemakanan dan memotong pengambilan gula selepas bersalin anak ketiga.

“Saya tidaklah begitu kurus pun, perut masih ada lagi cuma saya pakai ‘girdle’ dan baju hitam itu yang menampakkan saya kurus. Saya belum mencapai berat badan ideal lagi.

“Saya tak buat (pembedahan biatrik). Saya jaga makan dan tak ambil gula. Cuma ketika raya baru-baru ini, berat badan saya bertambah akibat banyak makan.

“Namun, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang mempercayai bakat saya tidak kira gemuk atau kurus. Saya percaya tawaran dan anugerah yang diberikan adalah berkat rezeki anak-anak dan berkat doa suami,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha turut meminta netizen supaya tidak meninggalkan komen negatif kepada artis yang badan berisi.

“Bukan mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai rangka besar seperti saya. Terutama selepas bersalin, lagi susah hendak mendapatkan bentuk tubuh lama,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*