Setelah Setahun Kahwin Dgn Mat Saleh, Akhirnya Dr Nur Amalina H4mil Anak Pertama

Kuala Lumpur: Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri mengesahkan dirinya hamil anak pertama.

Dr Nur Amalina, 35, sudah berkahwin tahun lalu dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles.

Berkongsi berita gembira itu melalui laman media sosial Instagram, Dr Nur Amalina berkata beliau amat teruja untuk berkongsi pengalaman kehamilannya.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda – saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.

“Walaupun media sosial ialah platform yang hebat untuk berkongsi siaran pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi,” katanya.

Beliau berkata, bekerja dalam tempoh yang panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) adalah yang sukar dan memenatkan.

Katanya, dia melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua terutamanya dengan alahan dan muntah sehingga hilang berat badan.

“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata.

“Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.

Dr Nur Amalina berkata, kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa yang sesuai.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokong.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama.

“Ya, dia sangat teruja dan akan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan. Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan berbanding saya.

“Ibu saya pula sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan cukup. Ibu akan membekukan banyak makanan di dalam peti sejuk sebelum dia pulang ke Malaysia,” katanya.

Katanya, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai seorang wanita hamil apabila dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.

Sebagai rekod terdahulu, Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis

ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada Rabu lalu.

Pengumuman itu dikongsi oleh Dr Amalina, 34, menerusi laman Instagram, beberapa jam lalu.

Menerusi entri dimuat naik, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu meluahkan rasa syukur majlis pernikahan dengan suami akhirnya dapat dilaksanakan

selepas tiga kali tertangguh berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami selesai diadakan di Masjid Central London pada 31 Mac lalu. Meskipun tiga kali tertangguh berikutan perintah kawalan pergerakan,

kami lega apabila berjaya mengadakan majlis ringkas dengan dihadiri teman rapat dan anggota keluarga. Hanya enam tetamu dibenarkan mengikut peraturan ditetapkan.

“Mengikut perancangan asal, kami ingin mengadakan majlis di Malaysia pada Mac lalu, manakala resepsi di London pula pada Jun depan. Namun, kami terpaksa menunda majlis resepsi ke satu tarikh lain bagi memastikan ramai tetamu dapat hadir.

“Kami tidak sabar meraikan hari yang cukup istimewa bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan,” tulisnya.

Dr Amalina memuat naik sekeping fotonya bersama suami di sebuah taman. Dr Amalina menggayakan kurung moden rona putih rekaan Cosry, manakala Charles yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat perisian mengenakan sut lengkap berwarna hitam serta putih.

Sementara itu, memetik laporan New Straits Times, Dr Amalina meluahkan perasan sedih apabila ibunya, Sabariah Hassan tidak dapat hadir menyaksikan hari bahagianya kerana syarat ketat untuk ke luar negara.

Bagaimanapun, Dr Amalina berkata, dia mengambil inisiatif untuk mengabadikan kenangan indah bersama ibunya menerusi aplikasi FaceTime.

“Saya gembira upacara akad nikah dapat disaksikan ibu menerusi FaceTime. Saya dan suami berharap dapat mengadakan majlis resepsi apabila berpeluang pulang ke Malaysia,” katanya.

Dr Amalina dan suami berkenalan dalam satu majlis, tiga tahun lalu. Pasangan itu memutuskan mengikat tali pertunangan pada Ogos, tahun lalu.

 

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*