Anak bant4h Azri Iskandar terbvru-bvru nak kahwin lagi, minta Dr Azra fikir semula niat nikahi bapa

PENGAKUAN seorang wanita yang mendakwa bercinta dengan Azri Iskandar selepas aktor itu bercerai dengan Ellie Suriaty turut mengejutkan anak pasangan itu, Azrell Omar.

Ujar Azrel, 18, juga terkejut dengan pengakuan wanita dikenali sebagai ‘F’ yang mendakwa pernah pulang ke kampung bersama bapanya.

“Dalam tempoh 18 tahun ni rasanya saya tak tertinggal banyak sangat benda untuk tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka.

“Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita macam ini.

“Pertama kenapa perlu tipu? Kedua benda ni terlalu tiba-tiba. sebagai anak saya faham tapi ada rasa kec3wa dengan tindakan ayah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Untitled-2

Wanita bernama F mendakwa bekas kekasih Azri Iskandar.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra.

Dalam pada itu Azrell berkata dia dan adik-beradik yang lain berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bapanya yang mengambil keputusan untuk berkahwin baharu ketika ibu mereka masih dalam tempoh edah.

Dia juga memberi nasihat kepada Dr Azra untuk mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan bapanya selepas timbul pelbagai isu yang melibatkan aktor tersebut.

Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat bercerai.

AZRELL ISKANDAR

ANAK AZRI ISKANDAR

“Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat berc3rai. Lebih baik dia fokus kepada diri dan kerjaya dia.

“Saya tanya ayah betul ke? Kenapa cepat sangat? Dia kata hanya nak kenal-kenal dulu.

“Kepada Dr Azra mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, anda boleh pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya. Awak nilai la sendiri,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang keadaan ibunya selepas bercerai, Azrell berkata Ellie seorang wanita yang kuat kerana masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

222

Azrel tidak bersetuju ayahnya kahwin terburu-buru.

“Ibu saya adalah seorang yang kuat sebab dalam benda macam ni terjadi dia masih teruskan kehidupan harian dia dengan bekerja.

“Dia pandai asingkan masalah dengan kerja, jadi tiada apa yang boleh menghalang dia.

“Saya nak minta maaf kalau ayah saya ada DM atau chat dengan mana-mana wanita dan berjanji apa-apa sebab dia baru berc3rai… mungkin itu cara dia legakan hati,” ujarnya.

Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*