TMJ Umum Undur Diri. Puncanya Buat Ramai Peminat Tak Jangka

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan kelab itu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, pada petang Khamis.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail di Facebook.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keputusan tersebut, namun turut memberikan kata-kata semangat.

“Berita ini adalah paling sedih bagi penyokong JDT. Apapun tuanku terima kasih. Cubit paha kanan paha kiri tetap terasa.”

“InsyaAllah TMJ tahu apa yg dilakukan. TMJ yakin dgn pengurusan tertinggi”

“Kedudukan kelab dah kukuh dan berada dalam prestasi terbaik. Pengurusan pun tip top. Rasanya TMJ buat keputusan yg terbaik. Doakan semoga kelab JDT terus maju jaya!” demikian antara komen-komen netizen.

 

Sumber:Limau Asamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.dnq.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*