Hampir kant0i! Bos Mydin tegur kenapa ada kamera dalam lori, pemandu ‘cover line’ takut pr4nk hari jadi hancur

SIAPA tidak kenal bos pasar raya besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin kerana keperibadiannya yang begitu sporting dan merendah diri.

Malah perwatakannya yang selamba dan lucu setiap kali beraksi dalam video-video yang dimuat naik di akaun media sosial pasar raya itu mencuit hati pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, siapa sangka Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) itu tidak terlepas daripada terkena ‘prank’ sempena hari ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Selain staf Mydin, antara yang turut berpakat untuk melakukan prank tersebut merupakan isteri beliau sendiri, Datin Dr Siti Hawa Mohd.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram Mydin Malaysia, Ameer dan isterinya yang juga Pengarah Mydin menaiki kereta yang dipandu oleh seorang pemandu bagi menghadiri satu majlis di Mydin Subang Jaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia)


Ketika dalam perjalanan, kereta yang dinaikinya secara tiba-tiba mengalami masalah dan pekerja berpura-pura memaklumkan bahawa kenderaan yang dipandu terdapat kerosakan.

Jerking lah datuk, rasa macam menyentap-nyentap tu kan,” kata pekerjanya.

“Lepas Datin balik nantikan, jangan pakai,” ujar Ameer yang dilihat begitu bimbang dengan kereta yang dinaiki mereka.

Tidak lama kemudian, pekerjanya memberitahu bahawa kereta tersebut mengalami kerosakan dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Tiada pilihan lain, Ameer dan isteri perlu menaiki lori untuk segera ke destinasi.

prank bos mydin 3

Isteri dan pekerja bersepakat membuat kejutan untuk Ameer.

Berada di tempat duduk hadapan bersama isteri, Ameer kelihatan selesa menaiki lori, malah sempat berbual dengan pemandu dalam perjalanan.

Lebih melucukan, Ameer sempat menegur tentang kewujudan kamera yang dipasang dekat dashboard tanpa menyedari dirinya sebenarnya sedang dirakamkan.

“Ni kamera untuk apa?” soal Ameer sebelum dimaklumkan bahawa kegunaannya untuk sistem GPS dan rakaman ketika berurusan dengan pelanggan.

Belum sempat ‘disoal siasat’ berhubung isu kamera, Ameer dan isteri ke destinasi sebelum akhirnya dia menyedari semuanya dirancang untuk sambutan hari jadinya ke-66.

prank bos mydin 4

Ameer (tengah) memotong kek hari jadi.

Sebaik keluar dari lori, Ameer dan isteri disambut meriah dengan tarian singa sebelum memasuki majlis untuk acara memotong kek hari jadi, yang turut disertai ramai hadirin.

“Ia adalah kejutan. Saya tahu kereta memang bermasalah sebelum ini, tapi tak terfikir kena ‘game’ begitu baik dengan pemandu saya.

Benar-benar satu kejutan. Beri tepukan kepada semua yang menjayakan kejutan ini.

DATUK AMEER ALI MYDIN

“Kemudian nasib baik ada lori. Macam mana kamera ada dalam lori. Saya fikir kita latih pemandu lori terlalu bagus pandai ‘tipu’ (prank). Dia cakap pelanggan yang duduk dalam tu nak tahu siapa… takut kalau ada apa-apa masalah.

“Benar-benar satu kejutan. Beri tepukan kepada semua yang menjayakan kejutan ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

prank bos mydin 1

Antara komen-komen netizen.

Rata-rata turut terhibur dengan prank tersebut dan mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada Ameer.

“Sikit lagi nak kantoi part kamera tu aduhai. Datuk Ameer dah nampak tu.”

“Kelakar lah staf lori tu nak coverline. Dan Datin sangat gorgeous dan sporting.”

“Happy birthday Datuk. Moga Allah bagi kesihatan yang baik. Gentleman bila tengok tolong isteri naik lori tu,” demikian antara komen-komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*