Tindakan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu memuat naik sekeping foto bersama pelakon Zara Zya di laman Instagram mencuri tumpuan orang ramai.
Mana tidaknya, jarang Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhammad berkongsi fotonya dengan wanita lain kecuali gambar bersama ahli keluarga dan anak-anak di media sos1al.
Tidak menulis secara terperinci, Shuib dilihat hanya memberi salam dan memperkenalkan nama pelakon tersebut pada ruangan kapsyen posting berkenaan.
“Assalamualaikum, nama dia Zara Zya,” tulis pelawak berusia 38 tahun itu ringkas.
View this post on Instagram
Melihat ke akaun Zara, pelakon drama Korban Kasih itu juga memuat naik foto bersama Shuib dengan mengucapkan terima kasih kepada pelawak tersebut selepas selesai urusan hari ini.
“Terima kasih untuk hari ini”
View this post on Instagram
Berikutan itu, ramai pengikut memenuhi ruangan komen kedua-dua posting berkenaan yang berpendapat bahawa Shuib dan Zara kelihatan serasi antara satu sama lain.
Malah, segelintir individu mula berseloroh dengan ‘menjodohkan’ artis terbabit selain mendoakan kedua-duanya supaya dipermudahkan urusan.
Ngam, sesuai.. kasi jadi la
Sepadan! Kahwin je la
Bau nasi minyak?
Moga berjodoh
Bukan main ramai yang ‘kenenkan’ mereka ya! Mungkin Zara menjalinkan kerjasama dalam perniagaan minuman milik Shuib iaitu BubbleBee. Siapa tahu?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : OMM
Leave a Reply