Nampak Peha Dan Aurat, Video Caprice Dan Isteri Dikrit1k Netizen

Penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih popular dikenali sebagai Caprice baru-baru ini telah menerima kritikan dari netizen di media sosial. Semuanya gara-gara video yang dimuatnaiknya ini di mana dia mengikut satu video yang trending di Tik Tok buat masa ini.

Bukan sahaja menerima kritikan dari netizen malah ada juga yang turut berasa kecewa melihat babak di dalam tandas yang dilakukan Caprice ini. Video tersebut yang juga dilakukan bersama-sama isterinya itu dimuatnaik di Instagram milik penyanyi rap itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)


Menerusi video yang dikongsikan ini, Caprice dan isterinya itu melakukan satu trend video yang cukup popular di Tik Tok menggunakan lagu Marry Me. Berdasarkan video yang dilakukan ini, difahamkan ianya adalah untuk mempromosikan jenama produk vape yang memiliki pelbagai perisa itu.

Apa yang mengundang rasa kurang senang netizen ialah babak di dalam tandas di mana Caprice dilihat duduk di mangkuk jamban sambil menampakkan peha dan boxer dipakai. Malah rata-rata netizen turut menganggap dia tidak perlu melakukannya sehingga begitu sekali semata-mata demi video tersebut.

Tambah netizen lagi, penyanyi rap itu semestinya lebih tahu mengenai batas aurat lelaki dan memilih babak yang sesuai untuk dilakukan. Meninjau di ruangan komen, netizen turut meninggalkan pelbagai komen dan meminta penyanyi rap itu untuk memadam sahaja video tersebut.

“Yang kat tandas tu takyah buat pun takpe

“Siyes lah kat toilet tu tak agak-agak bro.”

“Trend pun berpada-pada…”

“Kemain kutvk pasal orang…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*