Zamani Ded4hkan Dia Akan Lvmpuh Jika Buat Perkara Ini. Mmg Ramai Tak Tahu Sebenarnya

PENYANYI Zamani berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani, 47, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, buat masa sekarang dia bergantung dengan ubat tahan s4kit.

“Menurut doktor, tulang belakang saya sudah b3ngkok teruk dan mencadangkan saya buat pembed4han. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan s4kit.

Bagaimanapun, Zamani yang mendapat tempat ketiga tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu.

Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.

“Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.

“Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu,” katanya.

Zamani berkata, duit kemenangan RM30,000 akan digunakan untuk menampung kos rawatan sakit tulang belakang itu.

“Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan,” katanya.

Zamani Slam makin ‘b3ngkok’

Keadaan fizikal terkini Zamani Slam yang semakin ‘senget’ kerana penyakit skoliosis mengakibatkan tulang belakangnya terus menjadi perhatian peminat.

Tular video penyanyi berusia 51 tahun itu yang menjayakan persembahan dalam keadaan ‘bengkok’ pada majlis Berbuka Puasa ‘Buffet Rustic’ bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada 23 April lalu.

Video dikongsi oleh satu portal hiburan ini mendapat tontonan lebih 8,000 pengguna dengan komen-komen peminat yang melahirkan perasaan simpati terhadapnya.

Ketika menjayakan Konsert Mentari Muncul Lagi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu, Zamani sempat bergurau dengan penonton yang melihat keadaannya bagi meredakan kerisauan mereka.

“Terima kasih kerana setia bersama saya, dalam keadaan saya ‘straight’ ke atau ‘b3ngkok’,” katanya kepada 1500 penonton yang hadir menyaksikan konsert terbabit.

Terdahulu pada Mei 2021, Zamani bersyukur dipinjamkan sebuah katil oleh syarikat CERAGEM Malaysia bagi memulihkan penyakit yang dideritainya itu.

Menurutnya, dengan adanya katil terbabit dia dapat melakukan rawatan sendiri di rumah.

Dia mengakui keberkesanan penggunaan katil berkenaan terutama dari segi dalaman.

“Memang prosesnya sakit kerana saya baring dan sistem yang terdapat pada katil ini akan menolak tulang untuk betulkan mana yang patut,” katanya.

Menurutnya, rawatan ini ada peringkatnya dan dia ketika itu dalam fasa rawatan pertama yang mengambil masa 20 minit.

“Waktu mula-mula dapat katil ini, saya bersemangat nak buat rawatan setiap hari tapi apabila dah sakit saya cuba minimumkan penggunaannya,” katanya.

Usaha untuk mendapatkan komen Zamani belum berhasil kerana isterinya, Nur Juliana Abdul Rani, memberitahu suaminya sedang tidur.

“Dia tengah tidur dengan keadaan badannya sakit-sakit. Nanti dia akan hubungi semula apabila dia bangun,” katanya ringkas.

 

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*