[VIDEO] Hantar sampai kereta, netizen nampak Shuib ucap ‘Waalaikumsalam cinta’… Ini komen Zara Zya!

GARA-GARA berkongsi video bersama Shuib Sepahtu di TikTok, ramai peminat yang mula menyokong jika pelakon Zara Zya dan pelawak itu bercinta.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin yang sebelum ini pernah digosipkan dengan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa meminta peminat mendoakan yang terbaik dan sentiasa berfikiran positif.

“Bila ada video atau gambar saya dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik.

Zara Zya

Netizen mahu menjodohkan Zara dengan Shuib.

“Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terasa hati. Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya,” kata Zara kepada mStar.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut memuat naik video di laman sosial memperlihatkan Shuib menghantarnya ke kereta.

Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik

ZARA ZYA

PELAKON

Rata-rata netizen mula teruja dan merestui jika pasangan tersebut benar-benar bercinta.

“Shuib dan Zara macam pinang dibelah dua, akak suka kalau mereka jadi pasangan dunia akhirat sebab dua-dua baik.

“Doa jodoh mereka berdua, dua-dua hebat.

“Cuba tengok mulut Shuib part last tu… Walaikumsalam cinta,” ujar netizen.

Sebelum ini, Zara pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Alha Alfa disebabkan kerap bersama usahawan terkenal itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bagaimanapun, pelakon drama siri Risik Pada Hati mengakui dia sememangnya rapat dengan Alha namun tidak pernah bercinta seperti yang didakwa.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia mahu memberi tumpuan pada kerjayanya dan tetap akan berkongsi berita baik mengenai dirinya kepada umum.

“Doakan yang baik-baik untuk saya. Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya-Allah kalau ada berita gembira ke apa, saya akan kongsi.

“Buat masa ini pun, saya hanya fokus pada diri sendiri, perniagaan dan karier seni. Mana tahu kalau tiba-tiba saya bertemu jodoh terus kahwin,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*