‘Kami syak kematlan Faziani ada unsur lain’ – Keluarga

Kota Bharu: Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyrham Faziani Rohban Ahmad yang menlnggal dunia pada 18 Mei 2019, membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematlan Allahyrham.

Laporan polis itu dibuat jam 1 tengah hari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematlan pengasas produk berkenaan.

Ahli keluarga Allahyrham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kematlan Allahyrham yang disyaki ada unsur lain.

“Selepas kematlan Allahyrham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematlan Allahyrham diragui.

“Kami mengesyaki kematlan Allahyrham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyrham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban menlnggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat keced3raan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Allahyrham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hmetro.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*