“Banyak barang baby nak bagi dia..” Anzalna mahu cari rlder gendong anak

Sikap prihatin ditunjukkan pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

Sikap prihatin ditunjukkan pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.

“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia,” tulis pelakon berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.

Hari ini, Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.

“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.

“Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih,” kongsi Ebit.

Moga hidupnya dipermudahkan. Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.

Usung anak umur setahun.

“Balik Rumah Baru Dapat Susu” Aktivis ‘tersentuh’ Jumpa Keluarga Rider Usung Bayi Sambil Hantar pesanan

Banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi semata-mata demi meraih sesuap nasi, khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah tinggal di kotaraya. Itulah hakikat yang dilalui oleh food rider ini, yang terpaksa mengendong sekali bayi semasa menghantar pesanan pelanggan.

Tak bawa sebarang botol…kat rumah je minum susu. Kisah 2 beranak tersebut mula tular di aplikasi TlkTok selepas didekati oleh seorang penjawat awam yang kebetulan ternampak mereka di jalan raya semalam. Paling menyayat hati, saudara Amirul dedahkan bahawa bayinya cuma diberi minum susu di rumah saja.

Sebak sangat, Amirul kuat berusaha cari rezeki untuk keluarga…dah dekat 6 bulan dia jadi rider. Meskipun berketurunan Tionghua, aktivis Adrian Edy malah sanggup menukar masa penerbangan pulang ke Sabah semata-mata ingin bertemu food rider yang tular tersebut.

Hadir bersama isteri serta 2 anak mereka, Amirul dedahkan dirinya sudah hampir 6 bulan bekerja dalam servis tersebut demi mencari rezeki buat keluarga.

“adrianedy7 : Berat ujian. Pagi tadi sedang bersiap untuk pergi airport balik Sabah, nampak video abang Amirul tular di media sosial di mana dia bekerja sebagai grabfood dan membawa anak dia yang berumur 1 tahun ketika bekerja, edy terus tukar masa penerbangan balik edy dan terus pergi berjumpa dengan abang Amirul. Abang Amirul berasal daripada Jinjang Kuala Lumpur, isteri juga berasal dari sana.

Sampai sahaja di depan Masjid Negara di Kuala Lumpur, abang Amirul sudah pun sampai bersama isteri dia dan dua orang anak dia, abang Amirul ada tiga orang anak, tadi dia bawa 2 orang sahaja anak dia, adik Luth Hanan yang berumur 1 tahun dan adik Lufya Delisha yang berumur 3 tahun, sampai sahaja terus salam abang Amirul, syukur ya abang, baru tadi pagi nampak video abang, tengah hari ni kita sudah bertemu, Tuhan yang pertemukan kita kan bang, selepas tengok video tu, edy rasa sebak sangat, abang Amirul kuat berusaha cari rezeki untuk keluarga, sudah dekat 6 bulan dia bekerja sebagai grab food.”

Kena bawa anak kalau isteri bekerja, sebab tiada yang jaga di rumah…bagi sikit belanja, perlahan-lahan mengalir air mata dia.

Difahamkan lagi, Amirul mula mengusung anak bongsu bersama sejak sebulan lalu memandangkan isterinya juga baru dapat kerja. Gara-gara itu, tugasnya sedikit terbatas selain pendapatan setiap hari juga tidak menentu. Sebaik dihulurkan sedikit wang kiriman belanja, Adrian malah perasan air mata berlinangan dari wajah bapa kepada 3 anak tersebut.

“Kadang kadang pendapatan sehari tidak menentu katanya, kalau hujan memang kurang lah katanya pesanan masuk. Lagi lagi dia bawa anak dia pergi kerja, untuk pergi hantar pesanan ke tempat yang jauh sukar sikit kata dia. Dia pakai motor ayah dia untuk buat grabfood to kata dia.”

“Tadi beri dia sedikit belanja, abang orang baik balk abang, mengalir air mata dia perlahan lahan, ujian kan abang, ujian manusia berbeza beza, abang Amirul kena bawa anak dia pergi kerja kalau isteri dia kerja sebab tiada yang jaga di rumah katanya, tidak apa bang, yang bagi rezeki semua Tuhan abang, abang sudah usaha mesti Tuhan akan bagi rezeki bang, bukan senang juga mahu lalui apa yang abang lalui ni , saya kalau di tempat abang saya pun mungkin tidak dapat lalui apa yang abang lalui ni. Tapi abang kuat. Syukur sangat kita dapat bertemu harini, saya pun tidak sangka dapat bertemu dengan abang harini. Abang doakan saya ya abang.”

video :

Sumber : klsahDunla

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://viralbollywoodnews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*