Dituduh menyorok,Syamsul Yusof bersuara -“Nanti abang sampai, okey?”

Baru-baru ini, salah sebuah portal tempatan mendakwa pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyorok daripada ditemubual oleh mereka ketika berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut, semalam.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati yang tercetus mengenai laporan kisah rumahtangga pengarah tersebut.

Syamsul bersuara -“Aku tak menyoroklah!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)


Terbaru, anak kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh portal tersebut menerusi hantaran di laman Instagram. Jelas Syamsul, dia tidak pernah menyorokkan diri daripada mereka.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mstar? Aku tak menyoroklah”- tulis Syamsul dalam hantaran di laman Instagram miliknya.

Nak aku datang ofis cari penulis ke?

Tambah pengarah berusia 38 tahun itu, tajuk utama yang ditulis oleh portal tersebut seolah-olah mengundang dirinya untuk hadir ke pejabat media tersebut dan mencari penulis artikel berkenaan.

Nak aku datang pejabat dan cari penulis untuk menyembur depan muka? Hal ini tak mainlah dalam media.

“Cabar aku, nanti aku sampai, aku cari. Silap orang kau cari gaduh, wahai wartawan,”tegas Syamsul.

Nanti abang sampai, okey?

Syamsul meluahkan ketidakpuasan apabila melihat sesetengah pihak yang cuba mencari masalah dengan dirinya, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa pun yang menyakitkan hati.

Pada masa yang sama, Syamsul yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda meminta pihak berkenaan agar menunggu kehadirannya ke pejabat mereka

“Nanti abang sampai, okey?”katanya.

Terdahulu, Syamsul dilaporkan tidak hadir ke malam tayangan perdana filem Mat Kilau yang diarahkan olehnya kerana mengalami demam panas seperti yang dilaporkan oleh adiknya, Syamin Yusof.

Sumber: Instagram

Terdahulu,

Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut

PETALING JAYA- Penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi mendakwa anaknya, Syamsul bakal menikah lagi.

Tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut saat ditebak tentang restunya sebagai seorang bapa jika perkahwinan tersebut benar-benar terjadi

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” ujarnya sebentar tadi.

Disoal adakah kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharus mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.

“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.

Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi terbaharu ini kerana isu peribadi adalah masalah biasa buat selebriti.

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.

Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang dramatis veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun difahamkan gosip tersebut merujuk kepada Syamsul yang ketika ini berdepan gelora bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana ekoran kehadiran orang ketiga.

Terdahulu, Yusof menjadi tumpuan apabila hadir ke majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari. Syamsul sendiri tidak hadir ke acara berkenaan.

Filem terbitan Studio Kembara tersebut bakal memasuki pawagam tanah air bermula 23 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://celeangle.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*