Bad Indigo & Ashira Umum Cer4i Sambil Duduk Bersebelahan.

Pasangan penyanyi Bad Indigo dan Ashira Aziz mengumumkan mereka telah sah berceral.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Badrul Izhan Yeop Abdullah (@bad.indigo_official)


Berita mengejutkan itu dikongsi mereka menerusi sebuah video sambil duduk bersebelahan dalam sebuah kereta.

“Kami dah capai persetujuan bersama, kami tadi telah sah berpisah. Tapi kami tetap berkawan kerana kami ingin berkawan sampai bila-bila, Insya-Allah,” kata Bad tenang dalam video yang dikongsi din Instagram itu.

Ashira Lebih Selesa Umum Sendiri

Sementara itu, Ashira pula lebih selesa mengumumkan sendiri perkara itu daripada menjadi buah mulut orang tanpa sebarang k3$ahihan. Bintang Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu juga menegaskan bahawa tiada masalah antara dia dan bekas suaminya itu.

“Kami nak beritahu dahulu sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita tak betul di luar sana. Harap video ini jelas, tiada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tiada dalam kereta ini,” katanya.

Tak Wujud Orang Ketiga

Dalam pada itu, Bad pula membuat pencerahan bahawa tidak wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka hingga mencapai kata putus untuk berpisah.

“Yang penting tiada orang ketiga,” katanya sambil disokong Ashira yang hanya menyimpan hal itu antara diri mereka dengan Allah SWT.

Terdahulu, Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021. Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pernah berkahwin sebelum Ashira pada 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata. Namun rumah tangga yang dibina itu menemui titik noktah selepas tiga tahun.

Manakala Ashira pula mempunyai seorang anak lelaki, juga daripada hasil perkahwinan yang sebelumnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: SLAMBERMEDIA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*