“K3s dulu berulang sekali Iagi” – Ini Pesanan Padu Syamsul Yusoff Kepada TIKTOKERS Diluar Sana

Satu juta dalam masa satu hari sahaja!”

Demikian luahan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, yang menzahirkan kesyukuran apabila filem arahannya, Mat Kilau, berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit, pada hari pertama tayangan filem tersebut.

Prkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi satu hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

Filem Mat Kilau sekaligus telah memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.

” Izin Allah. Maka dengan ini, Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai ‘Filem epik Melayu kutipan paling tinggi dalam sejarah’.

” Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan. Satu juta dalam masa satu hari sahaja!” tulisnya.

Sekadar informasi, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Kes lama berulang semula, Syamsul mahu ambil tndakan mhkamah

Dalam pada itu, Syamsul telah memberi amaran keras kepada pengguna laman sosial agar tidak menyebarkan rakaman visual atau klip dari filem Mat Kilau ke mana-mana platform di media sosial.

Berkongsi pesanan itu di Instagram, Syamsul mengatakan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tndakan mhkamah kepada individu terbabit.

Sebagaimana pernah berlaku kepada filem Munafik 2 di mana Syamsul nekad mengambil tndakan terhadap seorang penyebar filem tersebut di media sosial, Syamsul awal-awal memberi amaran agar perkara sama tidak berulang.

” User tiktok diatas dan juga TIKTOKERS lain akan dikenakan tndakan undang-undang, URL/ IP address kamu telah dikenal pasti. DELETE NOW BEFORE ITS TOO LATE.

” Kepada tiktok user or mana2 platform media sosial lain sila hati-hati.

” Tidak dibenarkan mengUpload visual/klip dr filem melebihi 5 saat, pihak penerbit berhak SAMAN anda & tindakan undang-undang mhkamah boleh dikenakan.

” Abg tak mahu kes sam4n filem “MUN4FIK 2″ dulu berulang sekali lagi, sampai kedua orang tua nangis-nangis mohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka.

” MAAF ABG TERPAKSA AMBIL JUGA TNDAKAN mhhkamah dulu. Akhirnya di istihar MUFLIS / nama di BLACK LISTED kerana s4man GAGAL dibayar.

” It’s not worth it guys. Please take nota and jangan susahkan diri sendiri. Ini kesaIahan berat.” akhir Syamsul.

Syamsul nyatakan sebab tidak berlakon dalam Mat Kilau

Sementara itu, Syamsul Yusof mengakui terpaksa menolak permintaan penerbit kerana mahu fokus terhadap pengarahan filemnya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Jelas Syamsul, dia tidak dapat membabitkan diri dalam filem arahannya kerana sedar akan tanggungjawabnya selaku pengarah.

” Saya takut kalau turut berlakon sama akan memberi kesan atau pun menganggu proses belakang tabir sebab saya ibarat nakhoda kapal.

” Ini adalah keputusan saya dan pihak penerbit menghormati keputusan saya, syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Bercakap tentang harapannya menerusi karya epik pertama arahannya itu, dia mahu industri penerbitan dan perfileman negara segera pulih selepas mengalami fasa pandemik.

” Industri perfileman di Malaysia selepas pndemik masih lagi bergerak perlahan. Dapat juga dilihat setakat hari ini ada pun filem baik masih gagal di pawagam dari sambutannya, amat menyedihkanlah.

” Tetapi saya sentiasa yakin dengan karya sendiri kerana sangat teliti dalam penghasilan sesebuah naskhah.

” Diharapkan filem ini berjaya sekali gus mengembangkan industri perfileman negara kita,” ujarnya lagi.

Syamsul tak takut ada orang buat kempen b0ikot filemnya

Dalam perkembangan lain, ekoran konflik rumah tangga, Syamsul Yusof, terdengar ada yang mahu memboikot artis itu dan filem Mat Kilau yang baru ditayangkannya itu.

Syamsul menerusi kemaskini di Instagram berkata, walau segelintir pihak ingin memboikot filem dah memboikot dirinya, beliau tidak akan takut.

Beliau melabelkan orang yang ingin memboikotnya sebagai iri dengan kejayaan Allah berikan dan mengingatkan mereka bukanlah tuhan yang boleh menentukan kejayaan orang lain.

” Walau segelintir pihak ingin memboikot filem dah memboikot saya dengan slogan ‘lets cancel syamsul yusof’, dan iri dengan kejayaan dari Allah, namun mereka lupa mereka bukanlah tuhan.

” Aku hanya bergantung pada mu yang satu ya Rabbi. Tiada yang lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha,” katanya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram, Syamsul turut memuat naik tangkap layar sebagai bukti karyanya mendapat sambutan pada hari pertama dityangkan.

Beliau memaklumkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi filem tempahan tiket tertinggi sebelum tayangan.

” Setakat ini pawagam memaklumkan Mat Kilau menjadi filem tempahan tiket tertinggi sebelum tayangan mengalahkan filem Hollywood dan filem negara asing.

” Abang dah cakap, pengkarya Malaysia mampu. Just keep going make a good film for the mass market,” ujarnya.

Sumber : utusan / malaysiadateline / muzikjaIanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://r-s7.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*