Tular Pelajar Tadika Joget2 Ikut Trend ‘Sarung Cincin’.. Pakar Motivasi Luah Kes4l

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial beberapa pihak terutamanya pakar motivasi membantah satu video pelajar-pelajar tadika sedang meniru video trend ‘sarung cincin’ seperti di aplikasi TikTok.

Ikutkan sangat trend viral

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah disuruh oleh individu tertentu untuk melakukan aksi ‘sarung cincin’ dan dimuat naik ke TikTok sebagai satu konten.

Disebabkan itu, pakar motivasi yang sering memperjuangkan nasib kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah berkongsi luahan rasa kurang senangnya dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu di laman sosialnya.

Kecil2 dah diajar budaya couple

Melalui perkongsian tersebut, beliau meluahkan betapa ‘bengang’ terhadap tindakan  orang dewasa ataupun penjaga kanak-kanak itu yang menyuruh seorang pelajar lelaki berjoget-joget menyarungkan cincin ke jari pelajar perempuan sebelum pelajar itu turut berjoget tersipu malu.

“Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak tu joget-joget sambil tutup muka. Kau ingat benda ni kelakar ke? Nampak sweet bila budak kecil yang buat?

Musibah betul!

Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini!” tulisnya.

Sepupu pun, kenalah ajar dari awal

Walaupun individu yang memuat naik video tersebut menjelaskan bahawa kedua-dua pelajar terbabit adalah sepupu, namun tindakan seperti itu seharusnya dielakkan dan janganlah sesuka hati menormalisasikan budaya couple kepada budak-budak di bawah umur kerana banyak risikonya.

Nak normalisasikan budaya couple pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ni?

Saya tak pastilah apa reaksi ibu bapa kepada anak-anak ini saat menonton video berkenaan. Namun bagi saya perbuatan seperti ni tidak beretika dan melampau!

Ni kalau tak bendung, , tak tahulah video jenis apa lagi boleh muncul!” ujarnya tegas.

Pendidikan tak sihat untuk kanak2 bawah usia 6 tahun

Sudah tentu video tersebut telah mendapat pelbagai kecaman daripada warganet yang kurang senang dengan apa yang ditunjukan kerana boleh membina pemikiran kurang baik dalam diri generasi baru walaupun sekadar berhibur sahaja.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan mereka menyokong apa yang diperkatakan pakar motivasi itu dan berharap trend yang sedang tular di media sosial tidak menjadikan kanak-kanak sebagai salah satu konten untuk meningkatkan jumlah tontonan di akaun media sosial  masing-masing.

Harap cikgu2 lebih peka

 

Sumber: OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.bigonewzz.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*