Mak Wan Latah jawab tuduh4n panas b4ran, anggap bekas pengurus peribadi otak tak betul

SUSULAN beberapa tuduhan dilemparkan terhadap Mak Wan Latah oleh bekas pengurus peribadinya di laman sosial, pelakon itu akhirnya tampil bersuara dengan menganggap pend3dahan berkenaan adalah fitn4h.

Enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, sebaliknya menyifatkan bekas pengurus peribadinya yang dikenali sebagai Amell itu sebagai seorang yang tidak betul.

“Kalau kita layan orang otak tak betul, kita pun jadi tak betul. Jadi saya tak nak komen apa-apa. Minta maaf ya, itu hak dia. Saya tidak mahu cakap apa-apa.

“Hanya Allah saja yang tahu, Allah yang baca dan lihat apa dia buat. Jadi jangan dia merangkak jumpa saya dengan tuduhan itu,” katanya kepada mStar dalam keadaan menangis.

Mak Wan Latah

Video Mak Wan dipercayai sedang memarahi bekas suaminya menjadi tular.

Terdahulu, Amell tampil membongkar sikap sebenar artis veteran itu di TikTok dengan berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sisi lain aktres berkenaan yang didakwanya sebagai panas baran.

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naik, kelihatan seorang wanita mirip Mak Wan dilihat seumpama sedang bertengkar dengan seorang lelaki tua dipercayai bekas suaminya sambil men3ndang pintu.

Hanya Allah saja yang tahu, Allah yang baca dan lihat apa dia buat.

MAK WAN LATAH

PELAKON

Lelaki tua di dalam video itu jelas kedengaran suaranya yang sedang menangis namun rayuan itu tidak diendahkan.

Menjelaskan tindakannya mended4hkan video-video berkenaan, Amell ketika dihubungi mStar berkata, sudah lama dia menyimpan rahsia tentang pelakon itu tetapi mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.

Amell turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu lalu berhubung kes pelakon itu mengambil wangnya.

Dalam pada itu, Mak Wan enggan bercerita buruk tentang bekas pembantu peribadinya itu seperti mana pernah dilakukan ketika dihimpit kontrov3rsi terhadap bekas suaminya, Husain Dollah.

Mak Wan Latah

Perkongsian bekas pembantu peribadi Mak Wan.

“Tak apa, berapa ramai orang nak kecam… biar orang kecam. Yang penting, saya tak buat apa-apa. Saya tak nak aibkan dia macam mana saya pernah buat pada bekas suami.

“Saya tak nak aibkan sesiapa, itu hak dia… itu semua gambar lama semua. Biarkan dia. Sebab saya pun tak buat apa.

“Kalau saya buat macam itu, saya akan jadi macam dia… otak tak betul,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Mak Wan menjadi sebutan apabila perkahwinan yang dibina bersama Husain Dollah tidak bertahan lama apabila lelaki itu melafazkan cerai terhadapnya hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak dan berc3rai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April 2022.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*