Ramai ‘goosebumps’ dengar graduan ini nyanyi lagu ‘Cinta’, setanding AJL! Istiadat konvokesyen bertukar jadi konsert solo

DIA punya tone sedap sampai lupa siapa penyanyi asal!

Demikian antara pujian melangit terhadap gadis bernama Shazreen Shaharum apabila video persembahannya mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan tular di media sosial.

Rata-rata kagum dengan kemantapan vokal Shazreen ketika beraksi pada sesi selingan Istiadat Konvokesyen Ke-23 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada 23 Jun lalu.

Berkongsi cerita kepada mStar, gadis berusia 26 tahun yang mesra disapa Shaz berkata dia tidak menyangka menerima maklum balas yang sangat positif daripada netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya ada baca komen-komen dekat video yang viral tu. Mereka cakap saya nampak tenang ketika bawakan lagu Cinta… tapi tidak pada saya.

“Tuhan saja yang tahu macam mana rasanya apabila dipertanggungjawabkan untuk bawa lagu susah tu.

“Rasa berdebar nak perform depan ramai graduan, ibu bapa serta VVIP yang ada,” katanya.

Menurut gadis yang berasal dari Jasin, Melaka ini lagi, semangat untuk dia menyanyikan lagu Cinta yang viral selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 pada Mac lalu muncul apabila dia menerima aura positif daripada penonton.

“Saya memang suka tengok audience ketika menyanyi, mereka salah satu faktor besar yang memberi impak bagi seorang penyanyi untuk terus semangat bawakan lagu tersebut.

“Rata-rata penonton berikan feedback positif. Mereka tepuk tangan, rakaman guna telefon bimbit jangan cakaplah.. memang ramai yang rakam.

Shaz telah menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Muzik di UPSI, Tanjung Malim.

“Paling penting sekali dekan dan pensyarah UPSI di atas pentas serta graduan daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan melambai-lambai siap berdiri lagi.

“Dah macam konsert sampai saya lupa sekejap bahawa itu adalah istiadat konvokesyen,” selorohnya.

Mencungkil lebih lanjt tentang bakat luar biasa gadis ini, Shaz kemudiannya mengaku bahawa dia berpengalaman menyertai pertandingan nyanyian hingga dinobatkan sebagai Juara Bintang Klasik RTM 2019.

Ada yang komen sampai lupa siapa penyanyi asal tu… bagi saya semua penyanyi ada kelebihan dan cara tersendiri.

SHAZREEN

“Ayah dan mama adalah orang kuat yang paling supportive sekali. Merekalah yang push dan bagi semangat pada saya untuk teruskan karier menyanyi ni.

“Bermula daripada sekecil-kecil pertandingan nyanyian hinggalah masuk ke peringkat yang besar anjuran RTM, Suria FM, Radio Klasik RTM dan banyak lagi.

“Malah saya merupakan Juara Bintang Klasik RTM 2019 sekali gus merangkul trofi Persembahan Terbaik. Selain tu saya juga Juara Suria Duo X anjuran Suria FM bersama mentor Ara Johari dan Azlan Typewriter 2020,” imbas Shaz.

Shaz mula meminati bidang nyanyian sejak berusia empat tahun.

Selain itu menurut Shaz yang mengidolakan Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia turut menyimpan angan-angan untuk berduet dengan penghibur nombor satu negara itu.

“Artis yang paling saya idolakan sudah tentu the one and only Tokti sebab dia berikan contoh yang paling terbaik buat saya daripada segi kerjaya, perwatakan, percakapan dan pemakaian.

“Baru-baru ni saya dapat jadi backup vokal untuk Tokti di AME Era 2022 pun dah rasa best… apatah lagi kalau dapat sepentas dan duet bersama dia,” katanya.

Imbas Shaz lagi, dia juga akan berkongsi video cover nyanyian di beberapa platform media sosial jika berkelapangan.

Shaz berharap dapat berduet dengan artis kegemarannya, Siti Nurhaliza.

Berikutan video yang tular selepas dikongsikan di akaun TikTok milik Faris Amirul sehingga meraih lebih 800,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen memuji persembahan memukau Shaz.

Malah ia turut menarik perhatian netizen dari negara seberang.

“Saya baca komen-komen di TikTok ada yang komen katanya dari Brunei dan Singapura. Rasa happy sangat apabila baca. Alhamdulillah ia bermakna bakat saya juga diterima dan dihargai oleh negara lain.

“Ada yang komen sampai lupa siapa penyanyi asal tu… bagi saya semua penyanyi ada kelebihan dan cara tersendiri.

Shaz turut aktif menerima undangan nyanyian.

“Saya harap jangan terlalu bandingkan dan jangan memberikan feedback negatif hingga menimbulkan rasa kurang senang dua pihak,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan bakat yang dimiliki Shaz.

“Selepas Marsha, yang ini goosebumps. Sedap dan tak bingit.

“Kenapa vibes dekat UPSI setanding AJL haritu, dah macam konsert ni.

“Tak struggle langsung cara dia project suara, cara dia kawal vokal…sedap!” demikian komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*